September 27, 2012

Sambal Mangga Muda

Hye & Assalamualaikum

Memandangkan aku akan berliburan untuk tiga hari di Bintulu, so aku update la untuk cover 3 hari akan dtang yang aku xdpat nak Update. Selama setahun duduk sarawak ni..kesana kemari dah aku pergi, kira ok la aku kene campak kat sini .. boleh jalan2 tgok tempat orang.

Entry ni nak kongsi Resepi kat atas tu.. Actualy bukan aku yang buat, Family kawan aku yang buat.. tapi die bagi aku dan kawan yang lain rasa. Dan aku suke makanan2 yang instant2macam ni.. kerabu,pecal dan sewaktu dengannya, lagipun aku kan tekak kampungan sikit..tapi kalau  agak2 nak omputih sikit I Love salad.


Sambal Mangga
* Kau Ade??

Ni la rupe sambal mangga tersebut..yang sebelah kiri tu sambal, sebelahkanan pula hirisan mangga muda.. Ohh I Lebb it !. Kalau nak makan benda ni, haruslah kacau2 dulu then baru serve kat tetamu.



So kacau2 bagi sebati then baru la NGAP !!. FYI kiteorang bawak benda alah ni pergi kedai makan, sebab malam tu makan kat Luar je.. gile selambe.

Bahan2 yang perlu ada nak buat bende alah ni :-


  • Mangga Muda
  • Pusu'/ ikan bilis (dicuci )
  • Bawang merah 
  • Bawang putih
  • Cili
  • Belacan
  • Garam



Kekdah2


  • Ambil semua bahan2 diatas kecuali Mangga, dan tumbuk kesemua sehingga Lumat.
  • Hiris kan mangga muda menjadi hirisan halus

Aku rasa, sambal ni lebih kurang macam sambal machang yang mak aku buat la, cume yang ni aku lebih suke makan macam tu je, ala-ala salad.. sebab masam2 , rangup mangga dan pedas2 skit. Nak tengok hasil selepas digaul sebati tadi???



Sambal Mangga Muda



Aku suke benda alah ni, first time makan.. enak dimakan begitu saja. huhuhu. Ok la Nak tido excited nak Travel ke Bintulu esok.. 5hour Driving, hope everything goes well. Actualy aku nak berjimba-jimba kat Bintulu ni sebab ada pesta layang2 dimana setahun sekali diadakan.. tahun lepas aku dah terlepas.. tahun ni aku mesti pergi. ok la BYE.. insyaallah akan ku update Entry Pesta Layang2.

Samurai Made In Malaysia :)

Hye & Assalamualaikum

Harini just nak share Kenikmatan Samurai, samuraii?? ye samurai??.. ye la yang pakai besi2 kat badan tu*still wondering, how these people can fight with all the besi2 kat badan2.. Gile Berat! 

For those yang X mengenali hati Budi dan Bentuk rupe SAMURAI, ni aku kenalkan Mr Samurai..Japan Mari. Power tak,Power tak?...




Yang atas tu Made In Japan... tapi aku nak share harini, yang made In Malaysia punye samurai. Bentuk rupe die sedikit seksi,Ohsemmm & menggiurkan. sangat berbeza dengan Samurai Jepun. Meh pakat2 tengok bentuk & rupe samurai malaysia :-


---------------------------------------------------------------------------------------

Peringatan: gmbar2 dalam entry kali ni hanya menggunakan Phone camera, jngan mengharapkan kualiti yang lebih




Same tak? same tak?.... konfem2 la lain  kan, cume effect colour je seakan-akan. Ok kat atas ni produk baru dari McD, tapi aku pun xsure bile die kluar.. sebab sedar2 je dah ada...


So aku and kawan2 nak rase la kehebatan dan keunggulan Burger ni... hebat sngat ke? setanding ke dengan nama nye?.. So kami dengan sebulat suara memesan Samurai burger DOUBLE LARGE SET with Mc Fizz Sakura add  on sundae coklat  *Xpaham kenapa harus Large Set & Kenapa harus DOUBLE.

Bile terhidang depan Mata JUm la kite menamatkan riwayat samurai... lebih setengah Jam, baru la tamat Riwayat samurai ni ;-


kat atas tu adelah Rupe sebenar *jangan tertipu dengan gmbar di billboard2 yang nmpak Gile Ohsem tu. 

Komen :-

BURGER :


  • Sedap 
  • Lebih Sedap dari prosperity burger ( my personal opinion )
  • Sos die ade rase manis2 skit but nice
  • daging same je mcm burger2 lain aku rase
  • Sayur as usual hampeh
  • Kenyang !!  ( kalau Double ) die ade single or double.... so pilihan ditangan anda


Mc Fizz Sakura :


  • Ribena campur Sprite (aku agak )
  • Biase
*excited ok.. nak rase air Sakura ni.... rupenye, indah Nama Dari Rasa
Dan Set Samurai ni boleh pilih Mc Fizz or other's Soft Drink.



Dan Kat Atas ni adalah peringatn untuk Semua Reader yang ingin merasakn kenikmatan Samurai... please eat it carefully.. sebab takut korang bukan makan je dalam McD, tapi korang jugak mencanting batik kat 
baju sendiri .



*TIPS!
Die punye Sos Daging.. mcm "melimpah ke dalam ladang gandum" gile bnyak... berair je, dan mulut korang yang comel2 tu mesti comot makan burger ni. Sile sediakan tisu lebih or mase kat counter tu mintak je lebih... So kepada Ibu2 yang membawa anaknye makan burger ni dinasihatkan pakai baju warna gelap2 sikit.. if ade corak nanti xla nmpak sngat ~ hahaha.

ok la smpai sini je entry kali ni... BYE!

September 26, 2012

Ayam Masak Merah Sesedap Rasa Ikhwan

Hye & Assalamualaikum


Harini aku nak buat entry resepi pulak,... dah berzaman aku rase, aku tak buat entry2 respi ni.... dan dah berzaman jugak la aku tak feeling2 master cep di Blog. ( tahun ni terlepas lagi nak join master cep... tahun depan kot * bajeeeet sgattt  hohoho )

Setakat tahu masak kampungan beria nak masuk master cep kannn.Ok la harini nak kongsi satu lagi resepi yang buat korang dan korang "sentap hati mak nak", sebab nama resepi nye seperti di atas tu. "Ayam Masak Merah sesedap rasa Ikhwan". Actualy resepi ni aku buat mase Open house raya haritu.. ade tak tengok entry open house tu, kalau terase nak tengok sile KLIK. * tiada sebarang paksaan, aku bukan pemerintah kuku besi. Dari hari ke hari.. smpai la harini baru free nak buat entry ni, sebab nak cari gambar balik dalam lappy ni bukan senang.. bnyak gile, maklum la i kan Photog wannabe !

Ok sebelum aku memanjang kan mukadimah2 yang tak penting tu, jum kite  godek2 bahan2 yang perlu dan wajib ade untuk Ayam Masak Merah Sesedap Rasa Ikhwan* aku sendri rase over bile tgok nama resepi ni hahaha !

Bahan2 :-
( Aku buat hari tu 3 ekor ayam so aku rase kuantiti bahan2 u"oll boleh agak2 sendri ok )

  • Ayam
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Bawang Holland
  • Halia
  • Cili Merah
  • Cili Giling/Boh
  • Tomato Puri
  • Kacang Peas
  • Tomato
  • Garam
  • Gula

Ok bile dah siap barang2, ape lagi... 


Kaedah2 :-

Bahan A ( Dikisar ) :-

Bawang putih,merah,holland & halia

Bahan B (Dikisar ):-

Cili Merah

Bahan B ( dipotong dadu ):-


Tomato




Ok bile dah prepare bahan2 kat atas ni Jum kite masak !!


 *Perasan tak gambar tengah, ada gmbar tangan dengan gelang mas tu.... tu PN QC( quality Control ) a.k.a MAK

  1. Ayam di goreng terlebih dahulu ( jangan terlalu Garing )
  2. Tumis bahan A sehingga naik bau ( kekuningan )
  3. Masuk pula Bahan B, tumis sehingga garing.
  4. Masukkan Cili Boh, tumis sehingga pecah minyak 
  5. Masukkan Tomato Puri dan sedikit air ( ikut la kepekatan dan kuantiti kuah yang diidamkan)
  6. Masukkan Gram dan Gula sesedap rase korang
  7. Selepas kuah tadi dah sudah mendidih masukkan ayam yang dah digoreng gaul bagi sebati 
  8. masukkan pula tomato yang sudah di dau tadi, sehingga separa hancur
  9. Masukkan pula kacang peas dan gaul seketika dan  SIAP! 

Mudahkan hanya berbekal few bahan2, terhasil la satu Karya Teragung korang.. boleh cube kalau nak cube. to Girl reader..kalau cube ni, confirm ibu2 anda senang hati ! :D

Bile dah siap mesti nak tgok hasilnye kan kejap2. ni selepas mendapat kelulusan dari Pn QC !!



Ayam Masak Merah Sesedap Rasa Ikhwan 
* nanti kalau korang cube, boleh la nama akhir  tu direplace kan dengan nama korang yang Osem tuu !

OK la, bnyak keje sebenar harini.. BYE !!










September 24, 2012

Bloglist Kesuma Angsana


Hye & Assalamualaikum

OK, penat dan serabut baru balik dari meeting yang entry Meeting tu pun x habis lagi. Tapi hari ni ku gagahkan jua diri untuk check in kat Blog.. sebab seminggu aku meeting seminggu lah aku x bukak Blog.Bile Bukak je bLog, ade few komen2 baru... Tengs manyak2 sebab sudi tinggal komen dekat Blog yang Suam2 Kuku ni... terharu saye @_@.Nanti akan ku update entry2 sepnjang meeting tu berlangsung ok. 

Entry kali ni untuk Memberi sokong padu Untuk Kakak Kesuma sorang ni, die ade buat satu segmen dimana kepada sesiapa yang join segmen ni akan terselit dicelah2 bloglist dia yang akan datang.OK FYI kakak kesuma ni tersgat la peramah, even die blogger yang berstatus kan beratus follower tapi die tetap menjengah dan meninggalkan sepatah dua kata di blog aku yang sekadar di pinggiran ni...*mnitik air mata jap, terharu punye pasal. So untuk anda yang nak mencari rakan blogger yang aktif  kak Kesuma ni la orangnya.. Dan entry2 die kebanyakan berbentuk info, so sambil blogwalking ade la juugak input2 yang kita dapat.




Ni la banner penyertaan, yan g perlu diselitkan dalam entry penyertaan korang.Haaaaa nak join leteww kan.. ok senang je nak join sile klik kat bawah ni :-


P/s: untuk kak Kesuma Good Luck ok !!


September 16, 2012

Holiday Or bekerja ?

Hye & Assalamualaikum

huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, ngantuk dah ni.. pendek dan ringkas je entry kalini.(pesss taim, berentry memalam bute )

Esok sehingga la hari sabtu, aku akan diterbangkan nunnn terus ke Kuching sarawak untuk disemak kan dalam dewan mesyuarat bagi menghadiri mesyuarat pintu masuk antarabangsa seluruh sarwak anjuran kementerian kesihatan.

So maknernye.. seminggu la, aku akan duduk dengar pembentangan itu,ini disoal itu ini.. n blablablabla. *seronoknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.( harap semua big boss baik2 , xbnyak sgat soal2 ). Tapi pada mase yang sama seronok juga, sebab dapt jumpe a few kawan2 yang dari semenanjung tapi kerja kat borneo ni.macam reunion la jugak..walaupunnnnnn sesak napas setiap hari.

Dari tempat aku ni( Tg.Manis sarawak) aku naik flight terus ke kuching. Ni first time aku gune Maswing Air Line, nebes pun ade sebab aku kurang yakin dengan kapal terbang yang kecik ni.. ape2 pun tawakla je la. Kapal terbang fokker ni hanya disediakan di airport2 kecil je.

ni la rupenye... bagi yg xtahu or xpernah tgok pun.


So malam ni, aku telah menggigihkan diri untuk mengemas/mempacking seminggu punye keperluan... dalam 2jam baru siap, sebab aku ni slow mo skit..bab2 kemas ni.... bnyak pikir. dah kemas2 xmasuk itu la,ini la... pening nye.




 Setelah 2jam.. hasil  :


Lepas siap itu ini, baru la aku prepare kan mental dan fizikal aku untuk menerima segala bentuk serangan dari Big2 bos.. ( ok bab ni serius nak terber, terkenc..semua ada la )  aku dah menggigihkan diri menyarung segala alat kalis2 peluru. Sebab taknak sia2 mati katak kene tembak ngan bos2 dengan soalan2 yang tercapai akal mu tu.

Lagi satu aku takut... flight aku awal giler... 7 pagi, hope aku tak termiss la flight aku esok.So aku pun nak tidor takut tak terbngun.( set jam kat : phone, jam & Tab ) kalau tak bangun juga... mintak bantuan untuk anda simbah je air OK )

N before terlupa, blog ni pun bakal seminggu tak di log in... maybe aku bleh blog walking je nanti.. untuk ReEntry maybe tak la , bnyak lagi bende yang memerlukan tumpuan sepnjang aku bermeeting buat.. Ok la BYE

September 13, 2012

Benda Baru, so Aku Jakun !

Hye & Assalamalaikum


Ehem2..Ehem2... Saya Dah Ade twitter ! ( tunduk muke ..malu )
* Xley blah, org lain dah berzaman ada twitter aku baru je nak buat. Dari Bukit Mane aku turun , pun aku tak sure..ngeh3.


Dulu aku tak terase pun aku perlu twitter, aku tak nmpak faedah nye, tak nmpak kehendak/keperluan nye* puihhhh ayat. Cume lately ni bile aku tgok, retiss2 rmai yang aktif twitter.. retweet sana -sini.. ermm macam best plak, dapat chat2 gosip2 dgan retiss..* nak jumpe face 2 face tggu jom heboh je la.hahaha BTW aku pernah pergi sekali jer jom heboh. Tak terase pun nak pergi semata mata nak berpanas berhujan sekadar nak jumpe retisss. Kalau jumpe kat Mall pun... aku xde keberanian nak pergi dekat2 pastu * awak ni Nura Dinar kan? awak ni zaina zin kan? awak ni arun azez kan? OH nooo that's not me...( takut nak gune nama sebenar, " I SUE U" naya... tujuh keturunan bayar saman je )

Seriusss... aku tgok dari jauh je, bile dah lepasss *alaaa rugi nye tak bergambar ! hahahah. Tapi dengan twitter takperlu jumpe hanya retweet or tag dah bersembang dgan diorang.Honestly aku buat twitter nak stalker diorang jer.. hahaha.* abang rmbut ketak tgok statment aku ni, konfem die amik aku kerje. TERJAHHHH yeahh!. Sebab setakat nak connect ngan kawan2 fesebuk kan ada ( ayat orang baru, xde follower )

Jadi kepada korang yang ade twitter sile la mesra2 ngan aku kat twitter.. malu tau ( tunduk muke )

Jangan Malu2 nak Klik Bawah ni ye !



Dan sebelum habis entry ni, semalam mase tgah B.W tetibe aku ternmpak....


Whattttt... i've been reviewd !! * ayat orang jakun takpernah kene review.

Aku pun Terus click ok nak tgok sape blogger yang BAEKK HATI*sambil bling2 mata... Owhhh rupenye Tok wan yang review masehh tok wan jase mu cucu mu kenang smpai bile2. Maklum la i kan blogger di pinggiran.. tapi ade juge yang sudi review.. i terwaruuuu sgat2. Mesti ade yang nak Follow Tok Wan kan, ye la mane tau blog anda pulak di review.
  
                                                               
                                                           Sile Click !

Ok smpai sini je entry kalini... BYE.
EH2 resepi ayam masak merah dalam Entry Open house kawan2 nanti aku share ye, nak kumpul2 gmbar dulu. berterabur..gmbar dlm PC huhuhu.

BYE!!!

September 12, 2012

Raya Oh Raya 3 - open house

Hye & Assalamualaikum

Ok kali ni entry Raya-Raya lagi.. sambungan dari :-

Kalau yang 2 entry lepas, penuh gambar dengan keluarga jer, kalini penuh gambar kawan2 yang disayangi *sgattttttt. hahahaha. Ok 2-3 tahun ni memang aku pilih salah satu hari dalam minggu raya untuk aku buat Open House PVT untuk kawan2 aku je, siap ade pas masuk, kala takde..tak ley masuk tgok je dari luar ok.Ok aku tipu.. takde la smpai pas2 bagai.. cume memang aku ajak kawan2 je untuk hari tu.. ye la nak spend time together-gether. Kawan2 dari sekolah rendah hingga la sekolah menengah aku jemput* pembetulan : aku mintak kawan2 aku jemput (bnyak phone number takda, maklum le kawan aku ni semua retisss nombor phone tak pernah kekal * puihhhh sgat )

So aku decide hari raya ketiga aku buat makan2 skit, so fasa pertama yang harus aku buat ialah.. planning nak masak ape haritu. Nak buat spagethi aku dah buat tahun2 lepas... mee kari pun same dah buat. lepastu tetibe mak atau abah cakap .. buat Nasi la. ERkssss????? Nasi.. relevan ke open House Nasi2 ni. lepastu aku carry on je la ngan idea  tu. So abah decide nak masak nasi jagung, aku plak akan masak ayam masak merah ala-ala aku.* nama nak Overr kan. 

So aku punye Open House tu malam, so sebelah pagi-tgah hari- petang adalah :-
  • Beli Barang
  • Masak-masak
So abah aku dah ambik tender nak masak  nasi, aku handle Ayam masak merah.. tetibe mak cakap... ade ke orang makan nasi2 camni takde sayur. lepastu mak suruh beli barang buat Jelatah.. soooo tmbah lagi satu menu "jelatah".




----------------------------------------- OPEN HOUSE -----------------------------------------------
Raya 3 , 9:00p.m ( tak jugak lewat skit bebudak ni "janji melayu" )


Malas sembang jum tgok gmbar je OK!


 Menu :-


 Ayam Masak merah ala-ala aku
(nak jugakkk kannn )
*nanti aku share ye resepi

 Nasi jagung Abah



  • Sayur luper nak snappp hahaha !
  • Kuih2 raya & kek lapis sarwak mai







Jum tgok lagak ngeri kami semua !!




 Seriuously X plan.. ( we Love red kebaya  baju melayu )








Lepas, makan2 keras2 perut tu... harus lah menghadamkan makanan kan. Xperlu gune Eno bagai... cume .... 

















ngeri tak?? ngeri tak???
see hanya bermain bunga api dapat melegakan keras2 perut selepas makan.
*walaupun umur pakat2 veterennn tetap juga bunga api.

TQ kawan2.. sebab sudi datang, insyaallah next year kita huhahuhahuha lagi.

Open house yang tak berapa nak open tu.. habis dalam jam 1;00 pagi * kau adeeeeee open house smpai satu pagi.

* lepas tu sorang2 la aku sental pinggan dan gelas smpai 3;30pagi baru siap.


Ok la, penat dah ni.. BYE

September 10, 2012

Raya Oh Raya 2 - photoshoot

Hye & Assalamualaikum

Entry ni Rentetan dari   : Raya Oh Raya 1   haritu, setelah sekian lame tak hupdate kannn. maklum ler cuti raya.

Ok entry harini tak bnyak cerita more kepada SHOW OFF dan "bajettt je lebih ". sebab entry ni akan dipenuhi gmbar2 raya jer. Hari raya kan haurslah ade gmbar...untuk dikenang-kenang, dah menjadi adat resam keluarga aku untuk bergambar dipagi raya (selepas sembahyang raya + lemang 2-3 ketui dengan rendangg mak yang... slurpp tu ). Alaaa korang pun mesti piling2 retiss dipagi raya yang mulia  tu kann???



First Day Raya :-

Selepas sembahyang raya, balik rumah makan2 jap isi perut yang dok bunyi2 mase kutbah lepas sembahyang tadi...(nmpak sgatt X kusyuk dengar kutbah ). BTW ni first aidilfitri yang aku ade rase sebak (tak tau sebab ape ) mase takbir, sebelum sembahyang tu. Lepas je perut terisi, kiteroang satu famili, actualy bukan la satu family.. kakyong x raya sama, sebab raya dirumah mentua. Tapi itu tak mematahkan semangat kami untuk beraya. 

Sebelum gerak, seprti yang dijanjikan harus lah photoshoot piling2 retissss dipagi raya dulu. Malas citer bnyak meh tengok ( kalau nak la... ) hahahaha.





Mak & Abah 


Kak Ngah

Kak Ngah & Abg Ngah

Kak Yang

Lagi !!!



Itu SEBAHAGIAN je, ditegaskan sebahagian. Ok la lepas berpeluh2 posing sana sini... JUM Ke rumah Opah. Tahun ni First Day Raya giliran Rumah Opah Belah Mak, @ Sri Kundang a.k.a Tasek Biru Selangor.
Tapi kiteorang balik hari je.. petang jam Enam balik ipoh balik. Sebab Esok nak beraya di Kampung Abah plak.



Second Day Raya :-

Pagi2 lagi dah gerak ke Paris.. haaaaa Kau ade??? kampung kat paris. Ok aku tipu..  Kampung Abah dekat Parit Perak ( bukan Parit @ Longkang Ok ). Dari dulu lagi aku kagum dengan kambpung abah... sebab dari Jalan masuk nak kekampung ni.. semua sedara abah.. kirenye satu kampung tu semua sedara abah ( so boleh bayang tak??? bertapa kerassnye perut ku ini melantak sana dan sini ). Dalam kesibukan aktiviti salam bersalaman dan bertanya khabar * sumpah aku tipu.... bnyak makan je lebih. Sempat juga posing sana sini untuk dibawa pulang sebgai kenagan*ayat cam darjah enam buat karang enam perenggan je.


Sebelum gerak tu, sempattt lagi haaaa....







Jum Masuk Kampung...Sawah menghijau !!







Gigih Mak Jalan kaki... kiteroang naik kete je ( nak tgok kawasan katenye )





 niece Amirah Syafiqah ( anak Sulung Kak Yong )




Nephew Amsyar Yadi ( Anak bongsu kak yong ) * Ngeriii... boleh basah baju jaga budak ni







See depan rumah orang mane  pun jadi... ni la Family kak Yong.






No komen....


dalam lewat petang jugak la smpai rumah. gile naik kejang2 kaki drive sehari suntuk. Sejak aku dikurniakan Lesen En Abah.. memang suke membuli aku untuk drive kesana sini *tensiiiiiiiii. Tapi ok jgak la... En Abah bawak kete saling tak tumpah macam cerita Fast & Furious.. so anda akan dengar la Pn Mak dok mengucap dan bising2 di sepanjang perjalanan. Memandang kan Aku ni pemandu Berhemah dan sopan santun.. memang tiada bebelan sepnjang perjalanan.

Ok la smpai sini je entry kalini... next entry will be, My Open house untuk kawan2 je... owhhh sngatt gile malam tu. nnti aku aku share insyaallah.

Bye !!