April 16, 2013

Puding Karamel Fatin Liyana Sedapp ~


Hye & Assalamualaikum

Minggu lepas jiran aku yg baik hati ( suami + isteri + seorg anak kecik ) ketuk pintu rumah, dan menyuakan sepinggan Durian Crepe.. Terwaruuu pakcik ok ! Dan aku berazam akan ku balas sepinggan biru durian crepe ni dengan something


                                           *copy gambar Instagram sebab tu kualiti sedih!


Setelah penat selak buku sana sini, call chef sana sini *OK Propa. peberet blogger aku share kan satu resepi MUDAH,MURAH,MMM SEDAP, iaitu Puding Caramel tanpa Telok !. Puding caramel ni aku pernah buat sebelum ni atas tunjuk ajar kak yang *kakak ketiga. Tapi kiteorang Buat puding karamel pakai telur... so ada hanyir2 sikit laaa, Mak aku memang tak makan kuih2 kukus yang gune telur2 ni.. sebab ad BAUuu.

Lupe plak nak bagi kredit untuk Blog Fatin Liyana atas kemurahan hati beliau nak share resepi mudah lagi sedap nak Mamp ~

So nanti balik semenanjung aku nak buat, bagi mak aku makan.. dulu mak tak makan sebab bau telur.. sekarang ni takda bau so mak boleh makan dengan Redho nye.



.. 
*Puding Caramel Buat Jiran *credit untuk Instagram


Sebelum terhasilnye Puding Caramel yang Tempting diatas... ada beberapa Step yang Mudah yang  korang kene buat sebelum terjadinye seperti bentuk diatas.

First korang harus cari bahan2 dulu :-

Bahan Caramel :
  • Gula 2 senduk
  • Air sedikit 

Bahan Puding :
  • Tepung Kastad ( 2 sudu besar )
  • Tepung jagung  ( 3 Sudu Besar )
  • Serbuk Agar2    ( 1 peket )
  • Susu Cair           ( 1 tin )
  • Susu Pekat         ( 1/2 Tin )
  • Gula                   ( Jika perlu, ikut tahap kemanisan anda )
  • Esen Vanila        ( 1 sudu kecil )
  • Air                     ( 3 cawan setengah )






Atas tu adalah langkah2 or cara2 yang korang kene lalui sebelum terhasilnya puding karamel.. Mari aku detailkan kekdah2 yang perlu korang buat.


Kekdah 2 :

Karamel / Gula Hangus :-

  1. Gula dicairkan diatas api yang perlahan sambil ditambah air sedikit demi sedikit.. jngan banyak sngat air k..pandai2 agak. masak gula sampai warna gula tu keperang-perangan.
  2. lepas tu boleh masuk dalam acuan korang .



Puding :-

  1. Campurkan tepung kastad,jangung dalam satu bekas dan dilarutkan dengan air..suku  cawan air pun cukup.
  2. Lepas tu ambil periuk masukkan air,serbuk agar2 dan larutan tepung kastad dan jagung tadi. untuk larutan tepung tu.. tapis dulu sebelum masuk periuk k, sbb nak jaga tekstur puding.
  3. Masak dengan api yang perlahan sehingga dia mula mengelegak
  4. Masukkan Susu Cair, Susu pekat & esen vanila pula dan gaul seketika sebelum tutup api. *kalau tak cukup manis boleh la tmbah gula.
  5. lepas tu boleh la masuk dalam acuan yang dah ada karamel tadi
  6. Biarkan sejuk, then masuk dalam peti ais lepas 2jam macamtu.. boleh le makan, biar die sejuk.. baru sedap.
* sukatan atas ni korang boleh dapat satu bekas ice cream besar + 2 Bekas ice cream kecil.Iolls takda acuan puding.. pakai bekas eskreeem jer.. maklum le rumah bujang.



Kalau kat atas tu untuk jiran.. kat bawah ni untuk tekak sendiri








Poyo skit nak plating2 bagai..





Disebabkan staffmate tgok aku uplod kat instagram, so staffmate semua tanya taknak bawak opis ke?? so aku cakap tak bnyak la... dah habis pun

Tapi Aku rase aku buat je la lagi, lagi pun bahan2 ada lagi.. kalau tak buat karang... tepung2 tu rosak macam tu je. so aku buat la.. Aku pun buat la semalam malam.. so hari ni boleh makan dah.




Sweet Thing for Sweet Stafff * sweet ke??????


Haha ok la sampai sini je entry kali ni  .. Entry ni Khas untuk Kak Yang, Ana, Pressenah & Amy yang sibuk tanya aku pasal resepi ni

P/s : Ini la rahsia puding karamel ewan licin dan cantik dari puding kak yang tu hahaha ~


THANKS FOR READING THIS ENTRY ~






12 comments:

  1. Nk copy resipi ko ni boleh x wan?

    ReplyDelete
  2. blik cuti nanti iwan kena buat utk kita org ok... nk try sure sdap kan...

    ReplyDelete
  3. mmg sedap sgt ni... tpi bab crepe durina tu mmg KA x makan hehehe

    ReplyDelete
  4. Menarik....nampak mewah makanan ni....
    Pandai awak masak yekk

    ReplyDelete
  5. singgah jgk lagi & nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete
  6. Xpayah kukus erkk..yess..akhirnye dpt gk rsepi puding ni y xpyh kukus..tenz...

    ReplyDelete
  7. salam cheff terhebat
    Lawatan ta di akhir ramadhan.

    ReplyDelete