June 15, 2012

Lempeng/Pancake MILO. siappppppp!!




[ Ape bende tu???..mcm roti jala hangit je, mcm roti canai hangit pun ade. ]

Asslamualaikum n Salam satu malaysia...
Habis dah teka2, apekebende la agaknya kat atas tu. Ok la untuk mengurangkan stress korang mencari jawapan ape agaknye bende kat atas tu, biarlah aku bagi tahu.. bende kat atas tu ialah sejenis makanan. Lebih spesifik lagi Lempeng ataupun kalau nak omputih sikit Pancake, tapi tak perlu la nak Oh My English sgatt kan..dah lempeng.. lempeng je la. beria nak pancake2 bagai.

Ok resepi ni tercipta (poyo sikit..) bila pukul 3:30 petang tadi perut dah lapar mcm nak makan malam, So aku pun jenuh la memikir nak makan ape sebagai ALAS PERUT sebelum DINNER (haaa kau, siap ade alas perut sebelum dinner.... mane tak gembira lemak2 tepu, ye la dapat kawan2 baru). So bile aku cek je dapur, bende first yang aku lihat "tepung" so aku terpikir nak buat cucur je.. tapi almalang sekali ikan bilis takda..mmg tak sedap kalau cucur takda ikan bilis.So nak buat lempeng je la... tapiiiii kari takda nak cicah(celup) dengan kari. Satu keje pulak aku nak masak kari kan. So aku pun terpikir, nak buat pancake coklat je la..malang sekali, serbuk koko pun takda.Puihhh sangat dapur aku. Tapi aku terpandang (poyo lagi sekali) satu Tin Milo. So aku pun anggap je la Milo tu macam serbuk koko.

SO JUM MASUK KELAS MEMASAK !!


Bahan2 :-



  1. Tepung Gandum
  2. Milo
  3. Susu Cair
  4. Telur sebijik
  5. Susu Pekat Manis
  6. Gula

Dah ade semua barang2 kat atas???????
_______________________________________________________________________

Ok kalau dah ade..jum masuk dapur ok!


Kekdah2 nye :-

  1. Campurkan Tepung dengan Milo (kacau bagi sebati)
  2. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sampai adunan jadi likat
  3. Bila dah likat, masukkan Susu Pekat Manis dengan Gula ( rasa la.. nak tahap manis mana)
  4. Masukkan telur sebijik, dan kacau sehingga sebati
  5. Disebabkan adunan agak pekat lagi.. so masukkan air suam sedikit untuk cairkan sedikit adunan OK!


[ Pastikan Adunan Seperti Ini ]


Tidak terlalu pekat.
So boleh la korang goreng kan dalam kuali, atau yang mana kaya tu..'pan' yang xgune minyak tuuuuu.

*Kepada yang mengguna Kuali tu pasti minyak hanya membasahi KUali.. bukan bertakung dalam kuali   tau... kalau bertakung, nanti korang punye pancake lembik & berminyak..Euwwww sgat!


Goreng Seperti ini !!
* tips: curah kan adunan di tengah, then angkat kuali , then lenggang2 kan kuali supaya die jadi bulat yang besar.
(hope paham.. sebab susah nak terang)



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!! :-




OK ni la hasil bile dah Siap di Masak !!


Sekadar berkongsi.... Nasib Dapur aku hari ini !! 

Pastikan  Anda Kemas Balik, lepas korang menjahanamkan Dapur yer ~
(nanti Pn Mak BIsing !!)


Ok disebabkan Resepi ni nak dimasukkan dalam Blog, So aku dengan Maha Poyo nye pun buat la Plating untuk makanan ni.Teringin nak tengok????  ok Jum .


Lempeng Milo Bersama Susu Pekat Manis !

Ok aku rase sesuai la bende alah ni nak dibuat Makan Petang or Breakfast..kan3. So Boley la korang Cube... Actualy sesuatu masakan tu boley je modified sesuka hati kita, cume kite perlu tau asas die jer. macam resepi ni aku olah dari resepi lempeng kosong ( tepung + air + garam ) mak aku je, yang sepatutnye dimakan bersama kari.SELAMAT MENCUBE yer, K la Bye2.. ( tibe2 lapar balik .. bile habis entry ni )


* kalau terlebih buat, X salah jika Bersedekah sekeping dua untuk Jiran kan2.

19 comments:

  1. Replies
    1. Suke la jugak, actualy sebab lapar je nih...muahahhaha

      *BTW tengs Bella 4 walking in my blog :)

      Delete
  2. fuhhh!! terbaikk..nk try lah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sile2 jangan malu2....

      *Thanks Hairy singgah sini.. U have realy cool Blog !

      Delete
  3. perangai ikhwan ni sama macam adik lelaki saya..suka memasak..hehe :)
    btw, looks yummy! nnt nk try la~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sile2..jngan memalu cube ye Alynn Nyza !

      Delete
  4. nampak simple..
    leh cuba nie....

    ReplyDelete
  5. menggiurkan! kreatif u.... :-)

    lempeng cicah sambal bilis pon sedap!

    ReplyDelete
  6. dah try semalam.. terlebih tebal pulak lempengnya tapi still best.. i like (^_^)

    ReplyDelete
  7. susu segar boleh guna tak ?

    ReplyDelete
  8. adding milo is a nice touch! thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  9. menarik ni. nak buat untuk anak2 la..hee

    ReplyDelete
  10. Walaupun ni entry lama, hmm ... knpa tak bubuh skali sukatan dia? 😳

    ReplyDelete