April 12, 2013

Ikan Steam Simple


Hye & Assalamualaikum

Salam Jumaat, ok harini nak share lagi satu resepi yang lately ni aku suke buat sebab mudah ,simple, MURAH*itupenting, & Sihat.

Sepanjang minggu bekerja bagi yang bekerja tu, sudah pasti la anda akan menyerang kedai nasi campur or kedai mamak sebagai tempat korang mengisi perut korang kan , walaupun kelaparan dirasai dari jam 10pagi, tetapi keinginan tu terpaksa ditahan sampai jam 12:30. Lepas je 12:30pm terus kebulur cari kedai makan.. ambik lauk itu ini, lepastu lupe ambik sayur sebab pinggan dah penuh. Sayur tu penting ye, sile lah makan tak bnyak pun sikit jadi le.

Ok lepas perut kita disajikan, dengan lauk pauk yang maha sedap,tempting, berlemak, berminyak dan sekutu dan sekufu dengannya tu.. apa kata kita cube buat hidangan yang sihat sikit di hujung2 minggu untuk kesihatan diri kita jugak, tak gitewww.

Ok jum aku nak share Ikan Stim yang selalu aku buat.. maybe korang lagi hebat, aku sekadar nak share kepada sesiapa yang teringin nak buat tapi tak tahu.

First kene la pilih ikan dulu, actualy apa2 ikan pun boleh... cume kalau taknak hanyir, kita pilih ikan laut.. ikan sungai aku tak galakkan la, sebab aku sendri tak lalu. Ok ikan yang paling senang bawal, agak2 bnyak bajet kerapu and siakap is the best laaa.





*Ok antara collection instagram ikan stim yang aku post... ini aku gune ikan kerapu, Tapi aku fillet kan kerapu tu.. aku ambik Isi je. Bawang2 harus bnyak k.. sebab aku nak rase bahan2 tu resap dalam ikan tu.


Macam mana nak Buat ???

Bahan 2 :-

untuk 2 Ekor Bawal sederhana Size
  1. Bawang Merah 4 Biji  Dihiris halus
  2. Bawang putih 3 Ulas  Dihiris halus
  3. Halia sebesar 2 ibu jari Dihiris Halus
  4. Bawang Besar sebiji di potong bulat dan nipis
  5. Cili Padi 3biji dihiris halus
  6. kicap ikan/ kicap sotong 2sudu besar
  7. Gula SECUBIT (jngan bnyak)
  8. Air perahan Limau / air asam jawa pun boleh 5sudu besar.
  9. Garam <-- aku="" dah="" ikan="" ikut="" kicap="" la="" letak="" li="" masin.="" masing2="" sebab="" selera="" tak="">



Kekdah :-

  1. Ikan dibersihakn terlebih dahulu, di kelar setiap sisi badan ikan bawal tadi supaya rase bawang2 tadi resap sampai ke isi ikan. dan direndam seketika didalam  air limau / asam jawa (bagi hilang hanyir )
  2. Ok semua bahan2 dekat atas tu kita campur dalam satu bekas dan gaul bagi sebati.. dan korang boleh rase, agak kurang masin tambah garam ok. terlebih masam tmbah gula sikit lagi K.
  3. Then ambil ikan tadi bilas dengan air bersih dulu, baru dilumurkan dengan semua bahan2 yang dah digaul sebati tadi.. sumbat2 sikit dalam perut ikan tu dan letak dalam pinggan
  4. bawang2 yang lebih tadi campak atas ikan.lepas tu mesti ada lebih air2 limau dalam bekas bawang tadi kan, korang boleh la basahkan pinggan dengan air limau tu.. tapi jngan bnyak sebab nanti ikan tu sendri akan keluar air.
  5. Set-up kan steamer korang bagi air menggelegak dulu baru boleh masuk ikan.. masak dalam lebih kurang 20-30min.
AKU MANA ADA STEAMER !!

Ok2 pahammmm ... aku sendri pun takda steamer, aku kan bujang tak GIGIH sangat nak beli steamer yang 70-80 hengget cap helang tu. Tapi korang mesti ade kuali kan??? gune kuali pon boleyyy. cume beli alas steam je yang berharga RM2.50 kat kedai 2hinggit yang berdekatan. Dan jngan lupe penutup kuali.




*ini ikan stim minggu lepas .. aku gune bawal jer, tak mampu okey setiap kali nak buat ikan stim pakai kerapu.






Kat atas ni la minggu lepas punye santapan.. *poyo kan berhias2 bagai. FYI ini untuk tatapan instagramesss je.. lepas snap lapik kemana, sudu kemana.... hahaha PROPA sangat. Sayur tu Jelatah.. bukan kering k, aku tak gigih nak makan sayur kering2 ni, rase macam kambing je makan sayur2 tak masak. hahaha

Ok la esok hujung minggu yang bujang2 boleh la buat resepi ni, yang dah family tu boleh la selitkan Ikan Stim ni di celah2 ketam masak lemak cili api, ayam masak merah korang tuuu OK!


THANKS FOR READING THIS ENTRY




13 comments:

  1. yang ini mmg sedap lah .. en hubby KA paling suka buat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami org lelaki memang pndai buat bende simple tapi sedap.. hahahha

      Delete
  2. rajinnya masak....
    Nampak besttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan rajin.. ni "kerna terpaksa"
      Nampak??? sile buat.... baru Rase Besttt ~

      Delete
  3. wow...aku taktau pun tanpa steamer still boleh masik steam lagi, kalau tau, masa bujang dulu nak jer buat time hujung-hujung minggu ker...

    nak request resepi boleh wan? Nasi Khabsah Ayam boleh...selalu dok pi makan dekat restoran nasi arab jer, sepinggan dah 15 hinggit...kalau buat sendiri, lagi jimat kan :)

    ReplyDelete
  4. Masakan tampak menarik..hiasan pun menarik..hihihih

    ReplyDelete
  5. nmpk menarik!!nak cuba tp mls..haha

    ReplyDelete
  6. Wahhh cm sedap je.. Klu x jadik cmne..

    ReplyDelete
  7. Wahhh cm sedap je.. Klu x jadik cmne..

    ReplyDelete
  8. nmpk cm sedap je dik.. bleh lh akak try wat.. akak mmg tgh cri msakan yg sesmple yg bleh. almaklumlah org keja.. nk msk bagai2 ni cerewet.. kena tgu ari cuti je..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum hi! Saya dah cuba. Resipi yg pratikal, sihat tanpa minyak masak dan hanya mengambil masa yg singkat. Bila tambah sayur, peghh puas hati sebab protein dan vitamin dalam satu meal! Terima kasih Ikhwan!

    ReplyDelete