October 18, 2012

Bergedil Daging Burger

Hye & Assalamualaikum

OK harini nak share lagi satu resepi kegemaran aku, iaitu bergedil. Dalam Entri G.T.I.P kan aku ada selitkan Teaser untuk resepi ni*kemain teaser2 bagai. Kalau bulan2 puasa tu.. memang suke la cari bende ni kan. ada yang 50sen ada yang Singgit tapi kebanyakan nye Hampeh... kentang je dari mule2 gigit smpai la gigitan terakhir, even mase kat bakul kuih tulis "bergedil ayam" bergedil daging" bergedil udang" .... itu semuanya dusta*tak semua la... 

Actualy ni first time aku buat bergedil selama 22tahun aku bernafas dalam dunia ni. Aku tahu cara nak buat cume malas sikit nak buat, sebab bnyak sikit step die. Yang tensii nye time makan senag je habis, nak buat berfeluh. Aku buat bergedil ni sabtu lepas, waktu tu hujan tngah hari.. so agak malas nak keluar beli makan.Ye lah even bawak kereta x kene hujan, dari kereta nak jalan kaki pegi kedai kan dah kene hujan... *hujan kan rahmat, kenapa la manusia macam AKU ni tak suke kene hujan  (-______-) . Aku ni sensitip sikit kepala kene hujan sikit, insyaallah malam tu *" ikhwan selesema che gu ".. 

Back to track, Memandangkan perut memekak meminta sesuatu untuk dihadam .. dengan rakus nye aku selongkar dapur. Yesss jumpe Maggi..tiba2* ermmmm boring laa.. So aku tgok benda lain ada kentang.. ermmm... terus aku fikir bergedil. cari bahan2 lain pun ada.. so ape lagi moh kite.



 dah tersedia je bahan2 di atas, jum kite masak :


  • Kentang 3 biji
  • Bawang Holland sebiji ( didadu )
  • Cili Merah 3 biji ( didadu )
  • Bawng kecil ( dihiris )
  • Lobak Merah ( didadu kecil )
  • Daun Sup ( dicincang halus )
  • Daging burger 2 keping
  • Telur ayam sebiji
  • Garam 
  • Serbuk perasa * suke hati ( ada cerita kenapa aku xnk letak nama... akhir nnti ok )


Kekdah2 :-


  1. Kentang direbus hingga empuk, disejukkan dan didadu sebelum dilenyek ( kalau tngan anda macam HULK takyah dadu kan dulu. teruss je lenyek sebijik2 )
  2. Daging Burger digoreng/digrill sekejap, lepas tu didadu halus
  3. Sediakan satu mangkuk besar, masukkan kentang yang dilenyek tadi bersama-sama semua bahan2 yang telah didadu or dihiris, termasuk garam & serbuk perasa.
  4. Uli sehingga sebati
  5. pecahkan 1biji telur,dan pukul*mcm nak buat telur dada 
  6. Panaskan kuali dengan minyak yang cukup untuk menggoreng bergedil
  7. Celup bergedil didalam telur yang telah dipukul, dan terus goreng sehingga keperang-perangan.
SIAPPPP la satu karya teragung dari air tangan anda sendiri  :) *kembang hidung jap

nak tengok ke bile dah siap??? mestila kannn.. ok meh scroll bawah sikit.


Bergedil Daging Burger




Ok memndang kan sos kat rumah dah habis, so aku buat la sendri sos tu.. BTW sedap jugak.haha  (-___-)

HomeMade SOs

  1. Cili Merah ditumbuk, bersama-sama 2 ulas bawang putih, sebesar ibu jari halia...
  2. Masak bersama air sehingga mengelegak.( air tu kuantiti semankuk kecil )
  3. Letak kan Gula, garam dan perahan limau ( cube rase, tahap manis dan masam anda sendiri )
  4. Masak sehingga pekat. SIappp

dan FYI aritu jugak aku feeling2 master cep kejap, maklum la sorang2 kat rumah sambil layan ulangan master cep tu.. terVerangan la jap. Nak tengok hasil nye??

Bergedil Oat bersama Kerabu Epal Hijau



Ok bergedil Oat ni saje je aku cube2... lepas celup dengan telur , kita sadurkan pula bergedil tu dengan oat sebelum goreng.. dan hasil nye rangup la bergedil anda itewww.


Kerabu Epal hijau pulak tercipta, disebabkan aku nak buat kerabu tomato*yang pernah aku buat dulu, tapi almalangnye Tomato takda.. nak gi kedai agak kemalasan.. so jadi la Kerabu Epal Hijau*epal haruss la masam. SO terciptala hidangan yang lengkap Starch,fibre semua ada.. kan3..hahahaha *terus Verangan nak masuk master cep tahun depan

Oh ye, sebelum terlupa kalau nak buat kerabu tu senang dan mudah apabila korang klik : Kerabu Tomato


Ok dekat atas tadi aku kata, ada cerita tentang "serbuk perasa" kan3???





Disebabkan Anonymous ni, tak berani untuk aku meletakkan jenama apa2 untuk serbuk perasa. Dan terima kasih la kepada Incik/Pn Anonymous ni, sebab ambil berat tentang aku untuk komen yang pertama *titeww terwaruu

Untuk komen kedua tu... ermmm no komen. boleh pikir sendiri, jawapan saya tu adalah persoalan untuk encik Anonymous itu sendiri.  :)

Ok la Bye  (@__________@)

17 comments:

  1. sedap nyer dik... anta sikit sini!

    ReplyDelete
  2. wah.... terima kasih bg aidie.... daging berger lame da kat dlm peti sejuk... boleh buat ni....

    ReplyDelete
  3. hh sllau buat natang ni kalau hujung mnggu...ahha..sedap sgt dok saja2 leh mkn..kan2....eh untunglah ada org amik berat..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu??? gile rajin la HH. saya malas.... hahaha

      * ermm terharu sgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat, bile ade yang caring dengan titewww

      Delete
  4. salam bro..ikhwan suhaimi...

    Satu jalan alternatif yg pantas'daging burger'. Bro ikhwan bila la nak bukak restoran? Terliur rasanya tiap kali dtg sini...
    Teruskan bro...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pntas???? silap tu... sejam bar siap. masak maggi la pantas. hehehe :)

      Delete
  5. :) pasni jgn guna ajinomoto lg tau ikhwan...nk bt bergedil jgk!!!

    ReplyDelete
  6. hahahaha
    Ialah tak yah nak cincang2 bli dah siap je.

    Kalau guna daging kisar sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasenye ok je, sebab lagi bagus.. senang nak sebati dengan kentang tu

      Delete
  7. hahaha~ tak yah pakai ajinomoto dh laaa.. pakai la knorr pasti sedap ke, maggi ckup rase ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn>>>>> aku nak create serbuk perasa baru la ;P

      Delete
  8. saya dak pertanian, setakat saya belajar, tak de pakai lemak babi bagai, dorang pakai ubi kayu je la.

    ReplyDelete