July 20, 2012

Asam Pedas Asal Siap !!


Hye & Assalamualaikum

Ok " Asam Pedas Asal Siap" hal ini berlaku apabila Housemate membawa pulang Seekor Ikan Merah dan mencadangkan untuk aku masak asam pedas. Jap2... Kenapa aku?? ( ingat aku ni bibik ke, yang cukup time yang kau boleh hntar balik indon ) . Ok la disebabkan die dah bawak balik Ikan, so kena la ade Pro & Contra kannn.. so aku bersetuju untuk masak. ( padahal aku pun dah lama tak makan asam pedas, maklum le kat sini, sarawak.. susah betul nak cari asam pedas ).

                             


Sebelum aku masak, seperti biasa aku pegi la sediakan bahan2 nye dulu ( lepas siang ikan.. dan direndam bersama Lemon/limau ) masa aku sediakan bahan2 ni .. ade dua bende tak cukup, bunga kantan & daun kesum. Aku mule panik..Nak nangis pun ade ( Over kann, kasi sekeh je budak ni ) so aku mengamalkan Konsep " Ade Aku Kisah".. aku pun masak je tanpa due bahan ni. ( sebab tu "Asal Siap")




JUM MASAK !





Bahan - bahan  :
  • Seekor Ikan Merah
  • Semangkuk Air Asam Jawa
  • Cili boh ( 4 sudu )
  • Cili merah 4 biji ( ditumbuk )
  • Bawang merah 4 biji  ( ditumbuk )
  • Bawang putih 3 biji  ( ditumbuk )
  • Halia besar ibu jari ( ditumbuk )
  • Udang kering sejemput ( ditumbuk )
  • Serai 2 batang ( satu batang dihiris, satu batang lagi di ketik sahaja )
  • Tomato 2 biji ( dipotong 4 )    ----> taknak letak pun xpe
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • serbuk kunyit ( hujung Sudu )
  • Air



Kekdah2 nye :-









Tak paham letewww.ok jangan Panik or Tension or Rase nak Pukul aku ok...


  1. Tumiskan Udang kering hingga sedikit garing
  2. Tumiskan semua jenis bawang beserta cili merah dan serai, sehingga sedikit garing
  3. Masukkan pula Cili boh, tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan Air Asam Jawan, dan kacau.. Tambah air sedikit ( agak2 untuk kuah anda )
  5. Masukkan Garam,Gula ,serbuk perasa dan serbuk kunyit. ( serbuk kunyit untuk mencantikkan warna asam pedas anda)
  6. Masukkan Pula ikan, dan tunggu hingga mendidih
  7. Sebelum Tutup api, sile campakkan tomato yer.
  8. Siap Untuk Dihidang



ASAM PEDAS
Asal Siap



walaupun tak cukup bahan, tapi rase die ok tau... tak la sesedap ibu anda masak kat rumah tu. Dan aku rase ok la kot hidangan ni.... sebab dari pemerhatian aku, habis satu periuk housemate aku hirup. Aku?????? .. ermm aku kurang sikit untuk hirup2 kuah ni. muehehehehe.

Dan aku yakin, resepi ni dapat membantu anda untuk di short List kan dalam menu berbuka Nanti   :)

Ok sampai sini entry kali ni... Bye2  :)


9 comments:

  1. pndainya...dah lama tak mkn asam pedas..teringin plak..

    ReplyDelete
  2. tudiaaa...asam pedas!!! ni buat buka posa sdp ooo....selamat berpuasa ikhwan..smga puasa kali ni penuh mkna ok..harap ampun jika ada slh dan silap...

    ReplyDelete
  3. Pandainya ..... Telioq tgk . Dah lama tak makan asam pedas ikan merah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa nak pandai lagi, kalau pndai, dah bukak sebijik kedai makan...muehehehe :)

      Delete
  4. Salam...

    Tu bukan asal siap...
    itu sempurna bro.....
    Nak tempah untuk berbuak di hari ke-2 ramadhan boleh..?
    gurau je jgn ambik hati.....

    ReplyDelete
  5. X sempurna lagi tu.. kalau ade bunga kantan,baru ok..bau die.
    Hahaha,kalau dekat semangkuk saya hantar. :)

    ReplyDelete
  6. Ada jer asam pedas kat sarawak...tapi bukan masakan fav....lagi 1 orang sarawak masak asam pedas x masuk bunga kantan...lain sikit resepi nya

    ReplyDelete