July 24, 2012

Spaghetti ke, Maggi tu ??

Hye & Assalamualaikum

Tahniah buat Korang yang dah berjaya berperang untuk hari ketiga.... yang keempat ni belum tahu lagi kan. Ok la berdasarkan tajuk kat atas nun.. mestilah entry tentang makanan lagi harini. Dan bukan disajikan dengan gegambar  makanan je, tapi juga dengan resepi mudah ringkas dan Ohsem. Ohsem ke???? ngeh.

Ok sebenarnya Hidangan ni sebelum puasa lagi aku dah buat, (maybe korang pun dah pernah buat ). Aku ni suke gile makan spaghetti, lagi2 bila masak sendiri.. boleh tambah sesedap rasa kan3. So memandangkan aku di cmpak kesini untuk berkhidmat " Saya Menurut Perintah"( tempat yang agak2 Pinggir ) ni susah la aku nak cari Spagetthi untuk dimasak. Bila tahap mengidam aku, dah smpai ke kemuncaknya.... Segala macam idea pun timbul, First yang aku pikir call je Pizza Hut, Order -> Smpai -> Bayar (ni x best) -> Makan -> senang hati. kan3... Alsedih sekali.. Pizza jauh gile dari tempat aku ni, lebih 100 KM. agak2 ade tak mane2 Branch Pizza yang sanggup terima tempahan aku.. yang setakat order one small pizza add on meatball spaghetti. Sah2 la takde. ( OK miss Ipoh,Ipoh da bestt semua ada..... Harulsah aku puji, tempat tanah tumpah darahku  ).

So tukar plan, masak jer la..., Ok plan ni nmpak Ok. Cume paham2 la.. sah2 barang2 nak buat spaghetti ni takda kan. Macam tomato Puri,Spagetthi, meat ball and what so ever lah, masa aku kemas2 dapur ( actualy bukan la kemas, tgah cari benda boleh masak ) aku ternmpak sedozen maggi... so aku bercadang nak rebus maggi je la. Tapi aku ternotice satu.. yang maggi dan Spaghetti ni seakan-akan sama.. so what are we waiting for.. jum la masak Spaghetti yang ku idam-idamkan tu.



Maggi Wannabe Spaghetti



Sebelum terhasilnya  hidangan ni, seharusnya lah kene ada bahan2 nye dulu kan3



Bahan - Bahan :-

  • Maggi ( 2 bungkus )
  • Tomato 5 biji ( dipotong dadu )
  • Bawang merah 3 biji ( dihiris )
  • Bawang putih 3 biji ( dihiris )
  • Bawang Holland sebiji ( dipotong dadu )
  • Halia sebesar ibu jari ( dicincnah halus )
  • Sardin satu tin kecil ( pengganti MeatBall... sedihhh kan. hahaha )
  • Cili Giling ( 2 sudu )
  • Sos Cili 
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Gula
Dah tersedia je ramuan2 kat atas tu, Jum jahanamkan dapur Ibu anda yang sesucinya cintamu tu.



Kekdah2 nye :-


  1. Tumis Bawang merah,putih,Holland & halia sehingga naik bau ( kekuning-kuningan )
  2. Masukkan Cili Giling dan tumis hingga pencah minyak.
  3. Masukkan Sardin & hancurkan( hanya ikan , die punya sos kalau nak masuk jugak..masukkan sikit je OK! )
  4. Masukkan tomato dan gaul, sehingga keluar air. ( boleh tambah air sikit kalau nak )
  5. Masukkan garam, gula, serbuk perasa & Sos cili .
  6. Kacau sehingga mendidih... kalau tercair, boleh la tambah tepung jagung hujung sudu ( bancuh tepung dengan sedikit air dulu sebelum masuk dalam sos spaghetti ye )
  7. Tadaaa siap dah Sos Spaghetti korang.

Lepas tu boleh la Rebus kan Maggi korang, [ JANGAN BIARKAN MAGGI ANDA TERLALU KEMBANG ]





Sedia untuk di makan :-


Spaghetti Wannabe !


     Hahaha Hirisan Carrot tu hanya Hiasan ( feeling2 master chef sekejap )




Agak2 bosan nak makan nasi waktu berbuka tu, nak cube ni pun boleh... Yang bujang2 tu, mesti ade maggi kan.. so cube la.

k la bye2.

Seperti biasa :-


Selamat Menyambut Bulan Ramadan
moge ramadan kali ini lebih bermakna dari ramadan sebelumnya

IKLAS : Ikhwan Suhaimi



16 comments:

  1. guna maggi ni pun dah buat KA terliuq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape tunggu lagi kak, Cepat2 masak yer..

      Delete
  2. Assalamualaikum wbth..........

    Rajin rupanya masak memasak saudara Ikhwan nie...
    tak sangka tau...

    ReplyDelete
  3. spageti meggi oi...hahaha!! blupppp terdiam jap tgk..salam rmdhan ikhwan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan H.H !

      hahahaha kelasss kan, spaghetti maggi :) ngeh3

      Delete
  4. fuh...mengiyurkan...hehehee..selamat berbuka!;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksi sgatt ek ?

      hehehe.

      Slmat berbuka juge :)

      Delete
  5. hahaha..layan.org bujang mmg gini l ajwab ye.ap yg ada lpas tu gna kekretifan diri utk menghasilkan sesuatu yg ohsem!rezeki..at least merasa gak megi ala2 spegeti.adehhh -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.... hidup bagai melukut ditempian gantang. mcm ni la Nasib . ngeh3 !

      Delete
  6. assalamualaikum wbth...

    aku cuba bro resepi tu guna maggi....adus.....
    pasal aku sakit sangat kaki nie.hari nie...berdenyut-denyut....jadi tak dapat gi bazar,,,,
    Ada macam yang tak kene la......kureeeeg la rasanya...rasa maggie la..
    dia nak kene spegetti jugak.....
    baru kene buku dengan ruas...

    huhuhuhuhu......jgn marah bro....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Woahh teruje bile ade yang sanggup cube, walaupun maggi je.
      Mestila spaghetti sebenar lagi ohsem, ni cume kalau kempunan je. ngeh3

      Get well soon ye T.A

      Delete
  7. rajin masakkkk
    tlg masak kan sekali
    hehe

    ReplyDelete
  8. wow spagetti tertinggal skit bahan2 utama kuah dia.. daun bay, oregano dan italian mix.. kalu letak mesti confirm lg sedap woo

    ReplyDelete
    Replies
    1. yarabbi... ini bukan dapur master chef.ok good idea... btw daun bay tu untuk apa?? die bukan main agent dlm spaghetti kan???

      Delete