April 8, 2013

Kam Heong Crab








Hye & Assalamualaikum 

OK aku tahu mungkin ada yang still dalam mood weekend lagi kannn.... still bermalas-malasan nak bangun pagi tadi, still malas2 kat meja study, still malas2 dekat meja kerja....

Aku ada Ubat untuk semua masaalah2 itu, percaya cakap Kak TON... Kak Ton comeiii tak???*ehhh tetibe kak TON plak.

Hari ni aku nak share, satu lagi resepi yang bagi aku sedap nak mampoih. PENCERAHAN : " Resepi ni yang sedap bukan aku masak yang sedap " , nanti ada pulak yang cakap aku masuk bakul angkat sendiri iolls malas nak layan. #ehhhhhhhh. haha

Ye nama resepi kat atas tu ialah Kam Heong Crab or dalam bahasa melayu nye Ketam Masak Kam Heong *perlu ke translate??. Bagi aku Ketam bukan lah Lauk, ia hanyalah kudap-kudap yang lebih enak untuk diratah begitu sahaja. Katakanla aku ada sepinggan nasi dengan dua ekor ketam je*ehh kenapa 2 ekor??? selera besar kkk.. aku lebih rela makan nasi kosong tu dulu then lepas habis nasi baru makan ketam... kalau makan bersama-sama nasi tak dapat feel makan ketam.

ok resepi ni mudah sajee, beberapa barang je diperlukan ...

Bahan :
  • Rempah Kari sepeket 60sen tu je
  • Udang Kering segenggam
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Serai
  • lobak merah (dihirs halus)
  • Kicap Masin/Manis
  • Kicap ikan ( xda pun takpa )
  • Gula
And ofcourse KETAM *aku gune 6 ekor ketam so sukatan kat atas untuk 6ekor ketam

kekdah2 :

  1. Goreng Ketam terlebih dahulu
  2. Rendam Udang kering seketika sebelum dikisar
  3. Bawang putih 4biji,bawang merah 5biji,halia sebesar 2ibu jari,serai sebatang dikisar semua sekali
  4. Panaskan minyak dan tumis udang kering sehingga garing
  5. Then masukkan bawang2,halia & serai yang dikisar tadi, tumis sehingga naik bau
  6. Serbuk kari tadi di campurkan sedikit air*jadikan paste, then tumis kan sehingga naik bau/ sehingga rempah masak.
  7. Masukkan kicap ,kicap ikan dan gula.. dan korang boleh rasa untuk ditambah gula or garam. kalau aku, dah tak letak garam sebab udang kering dengan kicap masin dah masin. Dan masukkan lobak merah yang dihirs halus tadi.
  8. Dan masukkan ketam yang sudah digoreng tadi, gaul sehingga rata.
  9. dan tutup api dan NGAP !

Senang kannnn??? pada pandangan aku..aku suke ketam masak kam heong ni dari Masak Ketam Goreng Cili yang aku pernah buat dulu. Untuk ratah2 laa... kalau nak makan dengan nasi Opkosss suke ketam masak lemak cili api Om nom nom...

Dan sekarang ni kan zaman Instagram, aku pun turut mengambil peluang untuk ShowOff moment2 aku masak bende ni :-


Instagram Pics :-




Kalau Uolss ada instagram sile jangan malu dan segan untuk follow EKEONE ok ! byeee



THANKS FOR READING THIS ENTRY ~




10 comments:

  1. sodap sungguh ni dik, tq share resepi nyer yer ! KA selalu buat masak gulai lemak cili api + labu hehehe

    ReplyDelete
  2. tang part sanggup makan nasi putih dulu baru ratah ketam tu yang tak tahan, hehe...tapi, sebenarnya, aku pun sama, huhu...mestilah nak feel tu sampai, lain citer kalau ketam ada 20 ekor...kalau ko yang terer masak dah cakap sedap, kami rakyat jelata kena follow lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu GIGIH namanya. hamboi 20 ekor.. itu selera ape tu???

      Delete