December 3, 2012

Mee Kicap Sesar

Hye & Assalamualaikum 


Selamat Hari isnin semue  XD



Konfem Hari Isnin hari yang paling Sentap buat student & yg sudah bekerjaya... yelah hari isnin ni la baru nak start class nak kene submit kerja itu ini.. nak attend meeting mingguan lagi, memikir kan "lambatnyeee hari jumaat".. it la ini la.. hahaha. Kalau dipikir-pikir memang la agak serabut, tapi kalau di fikir-fikir balik.. Bende2 tu semua yang melengkapkan hidup kita, cube bayangkan jika sebaliknya...

Hidup kita macam takda arah tujuan, atleast dengan ade bende2 yang serabut ni... hidup kita di bumi sementara ni lebih bermakna, X gitu.... 

Ok la untuk mengurangkan Stress dan Kesentapan di Hari Isnin ni.. aku nak share satu lagi resepi Bujang.. yang boleh diterapkan kepada bujangan2 sekalian.. *yang dah famili tu, kalau nak try pun boleh... tapi aku rase anda sebagai isteri lagi power resepi nye dari aku kannnn.

Yer resepi yang aku nak share, mcam Tajuk kat atas nun... Mee Kicap Sesar, ape tu Sesar??? OK sile Google sendri.. hahahha. OK2 aku share sikit la... DekaT Area Belawai Sarawak,terkenal dengan  "SESAR" sesar tuu sejenis Bahan Kering untuk dimasukkan kedalam masakan. "SESAR" tu juga adalah Udang, tetapi Udang yang sudah dikeringkan Seekor-seekor... And FYI, bukan macam Udang Kering yang korang beli kat kedai Cik Esah sepeket 50 sen tu ye.... Ni udang kering Baikkkk Punye.. sebab Die gunakan Udang yang Besar2, dan die dijual dengan harga SEKILO : RM 70 hengget. *rabak begduit... nak tengok gambar???


SESAR sepeket kecik macam ni : RM10

Itu la die SESAR.... tamat la pengenalan SESAR.



OK la back to resepi !
OK memandangkan kat semenanjung takda or Susah nak dapat.. korang boleh la gantikan dengan udang basah ok.Kalau takde sngat Udang kering pun jadi la...

Bahan 2 :-



  • SESAR segenggam / udang basah / udang kering ( sikit je.. sejemput cukup )
  • Sekeping Dada  ayam di dadu
  • Sayur Sawi 
  • Kicap Masin secukup rasa
  • Sos tiram 2sudu
  • Cili Boh 2sudu
  • Sos Cili
  • Telur 2biji
  • Bawang merah 2biji dihiris
  • Bawang Putih 2biji diketuk dan dihiris
  • Bawang Holang separuh didadu
  • Garam
  • Gula


Bile dah siap barang2 tu.. boleh la move on ke Fasa memasak pulak.

Kekdah2 :-
  1. Tumiskan Sesar yang sudah direndam selama 10 min tadi, tumis sehingga garing.
  2. ketepikan masukkan pula Bawang putih,merah dan holand tadi.. tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili Boh dan tumis sehingga pecah minyak
  4. Masukkan ayam yang didadu tadi dan goreng, masukkan juga Sos Tiram goreng hingga ayam separuh masak
  5. Masukkan air, aku anggarkan satu gelas setengah la... tak perlu bnyak sngat, nanti terlalu cair kuah.
  6. Masukkan kicap masin sehingga kuah hitam,Reneh sehingga Kuah masak
  7. Bile dah menggelegak masukkan garam,gula dan Sos cili biarkan kuah mengelegak semula.
  8. Perlahankan api, dan masukkan telur dan sayur.. jngan kacau.. sebab taknak telur pecah.
  9. Bile telur dah masak boleh la tutup api


Tadaaaaa siap sudah Kuah MEE KICAP SESAR korang
( sukatan ni, untuk 2 orang makan )


Ok kuah ni boleh la korang makan dengan Mee kuning, Yee Mee or even Maggi.. cume korang rebus berasingan la ok !

AKu???? aku gune Maggi je, sbb tempat aku ni kan... ala2 amazon gitu, so gune ape yang ade je la... 


Ok la Bye2.... 

3 comments: