June 14, 2012

Ikan 3 Rasa.... mengidam punye pasal

Assalamualaikum & Hai   (>_<)

Ok kali ni entry Makanan balik...( Ok tmbah lagi lemak,,,, sekian~)
Lumrah hidup bujang, semuanye sendiri, dari basuh baju,kemas rumah/bilik,gosok baju...sehingga la Part2 masuk dapur ni. so hari ni nak kongsi kan satu lagi resepi yg mudah lagi senang untuk korang2 kat sana tu cube.

Disebabkan housmate teringin sangat nak makan ikan masak tiga rasa aku pun masak la, memandangkan aku pun dah lama tak makan ikan tiga rasa ni. Ermm kat sini ( sarawak ) jarang tgok kedai2 makan sediakan ikan tiga rasa ( so aku terpikir...kalau aku bukak kedai makan konfem2 aku kaya. bertapa takley blah nye idea... keje kat opis pun malas nk buat..puihhhhh! ) tamat segmen berangan, back to our recepi.

aku pun tgok freezer ade tak ikan nk buat masak tiga rase ni... nanti dah semangat nak masak, takde ikan pulakkan. Mungkin rezki housemate aku..ade tiga ekor ikan bawal putih..so sangat sesuai untuk aku masak ikan tiga rase. JUmla kite masak....




Sebahagian Bahan2 Wajib yang HArusssssssssss ada ye ~

Gambar sos tiram , cilok dari tenet..sebab lupe nk snap. Takde kerje nak gi snap bnyak kali. :P


Bahan2 nye ialah :-

  1. Bawang putih
  2. Bawang Merah
  3. Cili Merah
  4. Halia
  5. Cili Boh
  6. Nenas
  7. Tomato
  8. Lobak Merah
  9. Sos tiram
  10. Tepung Jagung
  11. Sos cili
  12. Garam
  13. Ajinomoto
  14. Gula
                                                    

Ini ler rupe Kuah yang dah siap masak




Cara2 nak sediakan Kuah 3 rasa ni :-

  1. Tumis bawang putih (ditumbuk dahulu ) smpai kuning2 skit
  2. Lepas kuning je bawang putih, tumis kan pula bawang merah (ditumbuk ) bersama halia smpai naik bau
  3. Bila dah naik bau, masukkan pula cili merah(ditumbuk ) goreng smpai garing then masuk kan cili boh
  4. Bila tumisan dah nmpak berminyak-minyak(pecah minyak) then masukkan sedikit air supaya tak hangit
  5. Boleh masukkan sos tiram,Nenas,lobak merah & tomato. tunngu sehingga mengelegak
  6. Selepas mengelegak masukkan sedikit sos cili dan tepung jagung ( yang dibancuh terlebih dahulu)
  7. Lepas menggelegak balik semula.. boleh la masukkan garam, ajinomoto dan sedikit gula.
*ikan tu.. sadur kunyit n garam je.. then Goreng. lepastu baru sira(simbah)kuah yang dah siap tadi atas ikan tu~

Lepas korang ikut je arahan2 katatas tuuuu, pastikan hidangan korang sama atau lebih mengancam dari yang bawah ni tau ~ hahhahahahahaha

Ikan bawal 3 Rasa


Tadaaa tamat le kelas memasak kite harini. Hope korang boley la cube. Maybe korang buat lagi sedap kann. aku cume nak share je, maybe ade yang taktau kan3 huhuuhu. k la Bye2 ~


* Korang masak ape tu???

No comments:

Post a Comment