March 19, 2013

Pesta Pantai @ Pantai Belawai Sarawak.


         Hye & Assalamualaikum


Ok Sabtu lepas aku telah merajinkan diri untuk ke Pesta Pantai, disebabkan ia hanya diadakan setahun sekali so aku pun pergi la cuci2 mata. Pesta Pantai ni memang akan diadakan setiap tahun dalam bulan Mac dekat Belawai ni. Belawai??? ok belawai ni adalah salah satu kawasan dalam Daerah Mukah, Sarawak.

Ok Belawai ni bukanlah bandar mahupun Pekan Kecil.. dekat belawai ni hanya ada kampung,kedai runcit dan sektor2 kerajaan kecil je. Tapi Belawai ni agak famous, sebab belawai ada pantai. dimana tiap2 hujung minggu pantai ni mesti penuh dengan orang.

Dari pemerhatian aku,  air dekat Port Dickson better dari sini. Maybe sebab kat Sarawak ni kurang Pantai.. so ok la kan. Kalau nak Pantai cantik kene pegi kuching la... tapi jauh sangat.

Dan selalunya pengungjung yang datang ke Pantai belawai ni kebanyakan nya dari Sibu, ye lah Sibu je bandar yang paling dekat.. dalam 170km macam tu la dari SIBU - BELAWAI.

Aku menetap dan bekerja dekat Pelabuhan TG.Manis .. so untuk ke belawai hanya ambil masa 30 - 40 min je.


Belawai ----> Tg.Manis -----> Sibu
* gambaran, kiranya tempat aku ni tengah2 la


Dekat Pesta Pantai ni, ada  jualan2 gerai, sukaneka yang bersesuaian dekat tepi pantai, Karaoke dan macam2 lagi la.

Kalau orang semenanjung yang datang sini.. mesti rase macam "ermmmmmmm ok la " . Ok ini sebab kita yang kat semenanjung terlalu mudah nak cari hiburan seumpama ini... kita ada extreme park itu ini. tapi mereka kat sini susah nak cari semua tu... So sesekali Pesta2 macam ni diadakan orang kampung dekat sini sangat hargai pesta2 macam ni. Tapi bukan penduduk kampung je yang datang pesta ni, dari lain2 daerah pun ada.

Dan kalau korang ingat aku ada share satu Pesta layang2 diadakan di bintulu.Ok pesta tu lebih gah and happening la.. ye lah pesta tu melibatkan seluruh negara yang bertanding dalam acara layang2 kan. So aku rasa Sarawak ni kaya dengan Pesta itu ini... SO tak rugi la aku kene campak kerja kat sini, atleast aku boleh rasa budaya orang sini.

jum layan gambar sampai muntoh, ini la gambar2 yang sempat aku snap dekat Pesta Pantai hari tu.






  
                                                 Budak ni Rilex je.. tapi layang2 tinggi wooo








Pakcik ni masuk sukan ape ntah, habis satu muke kena tepung.... time aku snap laju2 gambar pakcik ni.. tibe2 die pandang aku #kantoiiiiiiiiiii. Pastu aku buat muke kerang Busuk !







Cool X abang kat atas ni... batik uolll, Mamfu?
* bende yang die pegang tu macam HON tau, bapak kuat bunyi die. Fungsi alaaa kalau kita masuk merentas desa kat sekolah dulu kan ada YB ,Pengetua ke siapa2 la.. yang akan bunyikan pistol sebelum kiat start lari. kat sini xda pistol kita gune la ni.










                                                                             Kawan2


Gambar ni aku paling suke... ntah aku rase tenang je tgok gambar ni.







ok la sampai sini je entry kali ni BYe2 !


THANKS FOR READING THIS ENTRY 




7 comments:

  1. wah nampak menarik lah ! dan tq share pic2 yg cantik

    ReplyDelete
  2. wow!!cantik giler gambar...ala, dulu-dulu masa kecik-kecik pun sama, pantang ada pesta jer terus ajak family pergi, sama jugak macam diorang, sekarang jer yang dah berubah...ok lah banyak aktiviti, mengeratkan silaturahim kan, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan..aku ada tag ko untuk satu GA ni, free join lah yer :)

      http://skampung.blogspot.com/2013/03/malaysia-next-top-lucky-blogger-by-mak.html

      Delete
  3. Gambar yang cantik dan simbolik..
    Gambar yagaku ialah gambar 3 orang yang pakai seluar lain2 bentuk ..nice...

    ReplyDelete
  4. Kampung aku nih..thanks coz highlight. ko keja apa kat tanjung manis?

    ReplyDelete
  5. kampung aku jugak..terubat rindu tgk wajah2 org kpg..setahun sekali bru blh jumpa diaorg ni & pijak tanah kelahiran....

    ReplyDelete
  6. How many time taken if travel from bintangor to pantai belawai?It located at Mukah ya?

    ReplyDelete