March 6, 2013

Sedih Melihat Manusia

Hye & Assalamualaikum

Harini takda resepi baru nak share.. kita luah2 perasaan sikit la yer. Actualy aku tak rasa nak menulis tentang isu ini, tapi sebab kes ini terlalu dekat dengan aku, aku terpanggil nak meluahkan perasaan dekat "Blog aku sendiri". Aku pasti ramai yang alert dengan kes Lahad Datu tu kan. Dan aku salah seorang yang  mengikuti benda ni, actualy bukan mengikuti sahaja, sangat2 mengikuti kes ni.. SEBAB?? sebab orang yang terlibat memperjuangkan negara sekarang ni adalah orang2 yang dekat dengan aku.. Kawan2 ayah aku & Ayah2 kawan aku.. sebab tu lah aku sangat mengikuti perkembangan kes ni

Ayah aku seorang bekas Polis dan juga seorang bekas komando 69, sekarang abah dah bersara dan alhamdulillah Mak tak perlu rasa risau, jika tidak,  mak,kakak dan aku sendiri mesti dalam keadaan tak tentu arah mengenangkan nasib abah ketika ini.  Disebabkan itu aku sedikit sebanyak memahami perasaan yang dialami oleh keluarga2 pejuang negara sekarang ni.. aku yakin keluarga2 para pejuang ni tidak terlalu memikirkan kejayaan buat ketika ini.. mereka2 ni lebih memikirkan keselamatan ayah,anak,suami mahupun atok mereka yang terlibat dalam operasi ni.Setiap hari mereka ni hanya  menunggu berita Jaya atau Jiwa yang akan  dibawa balik ke rumah.

Tapi apa yang aku kesal dan sedih ada juga Manusia2 yang mengambil kesempatan diatas dugaan ini dengan memperjuangkan ideologi politik masing ( mana2 parti politik ) . Please la .. sebelom kamu dan kamu nak ambil kesempatan tolong letakkan diri kamu tu dalam situasi keluarga yang telibat, sila lah beri kan sedikit rase hormat dan perihatin terhadap perasaan keluarga 2yang terlibat.

Ada juga ( di facebook ) Manusia terlebih cerdik ni, nak mengajar pejuang2 negara cara berperang cara mengguakan senjata ( heiii kau sape?? ) setakat kau hebat di counter strike tak perlu nak mengajar orang yang mempunyai real experience. Nak bercakap tak pakai kalis peluru , itu la, ini la... kalau boleh aku nak tanya face to face dengan orang2 ni... " kamu ada dimana ketika mereka mati ditembak?? " . Tolonglah berfikir sebelum bercakap.. kamu bercakap seolah-olah kamu duduk dibarisan hadapan di medan perang.

Aku bukanlah siapa2 nak memberi pandangan ataupun teguran, disebabkan ini blog aku sendiri.. aku sekadar meluahkan perasaan .... So diharapkan sesiap jua yang terase mahupun tersentap, saya memohon maaf. ini sekadar luahan. Tak salahkan dikala bumi malaysia hendak dirampas, kita( aktivis politik) bekerja sama tak kira lah dari segi fizikal mahupun moral support, untuk siapa?? untuk kita juga. Bila dah selesai masaalah ini, tak kisah lah nak memperjuangkan ideologi politik masing.

Jika anda baca entry ni berdoalah semoga tiada lagi pertumpahan darah, dan berdoalah semoga semua ini beransur pulih seperti biasa.

Selagi lagi aku memohon maaf jika tersilap kata.


THANKS FOR READING THIS ENTRY~







5 comments:

  1. singgah dtg bila sakit berkurang, tq doanyer yer

    ReplyDelete
  2. kan sedih sgt ngn mereka2 yg mcm ni..nk wat cmna kan msing2 mulut tu..kdg2 ada otak berpelajaran bodoh bertingkat..hahaha.....haaa kan dh emo

    ReplyDelete
  3. Aku pun sedih lihat sikap segelintir manusia sedemikian.
    Kita sepatutnya berdoa anggota keselamatan kita semuanya selamat..

    ReplyDelete
  4. sedih sgt kan.. moga ianyer berakhir segera !

    ReplyDelete