June 20, 2012

Jum Masak, Ikan Masak Lemak Cili Api bersama Nenas

Hye & Assalamualaikum

Ok New Entry, Harini aku nak share satu lagi resepi yang agak mudah untuk yang single mingle kat rumah sewa/sendri tu. Masa aku masak bende alah ni petang tadi aku terfikir nak buat entry mengenai makanan ini, khas untuk Korang masak dish ni untuk dimakan bersama nasi putih yang korang masak dalam dapur eletrik korang tu.Maybe some of u dah tahu macam mana nak masak hidangan yang senang( bagai mengunyah kacang cap cina tua ) ni. Ok kepada yang dah tau tu sile diam ye(muahahhaha), aku just nak share kan kepada yang tidak tahu. ye la kesian baca status kat facebook makan nasi putih dengan telur, sardin, & yang instant2 la. Cume ade dua sebab, satu tak tahu nak masak ( bukan tak tahu,cume kurang mahir) . Sebab kedua ( ishhh malas aku, stakat tekak aku sorang.)

Ok bagi yang tak tahu, tapi teringin nak makan macam makanan yang dihidangkan di rumah mak ayah korang tapi malangnya korang berada di rumah bujang, Ini la masanya untuk mengubah menu2 anda di rumah bujang tu.Ok Jum


JUM START MASAK !!
(jum kite tgok menunye dulu)


[ Ikan Masak Lemak Cili Api bersama Nenas ]



Sebelum terhasilnye Gulai kat atas ni, apa yang perlu kita buat adalah Sediakan bahan-bahannye dulu.Jum aku listkan bahan-bahan yang perlu anda untuk anda hasilkan Gulai di atas !


Antara Bahan - Bahannye 



  1. Ikan
  2. bawang putih 2 ulas(di mayang/hiris)
  3. Bawang merah 3biji(di mayang/hiris)
  4. Bawang besar 1 biji(di mayang/hiris)
  5. Halia sebesar ibu jari(di mayang/hiris)
  6. Cili merah 2 biji ( sekadar penyeri) di potong bunga, macam kat atas tu.
  7. 10 biji cili padi (yang kecik2 warna hijau ) & di tmbuk Lumat, macam dlm gambar. MALAS?? gune blender pun boleh.
  8. Serai 1 batang di ketuk)
  9. Santan (satu kotak kecik cukup )
  10. Serbuk kunyit (hujung sudu teh)
  11. Garam
  12. Ajinomoto
  13. Nenas ( Jika nak letak la, kalau taknak pun takpe )

Bile tersedia je bahan2 kat atas tu, boleh la kite huru harakan dapur kita yang bersih tu.(bersih ke???). JUm.


Kekdah2 nye :-



  1. Tumiskan semua jenis bawang2 beserta serai sehingga naik bau
  2. Masukkan pula cili padi, tumis seketika.agak2 dah sakit hidung (penangan cili padi ) tu boleh la masukkan sedikit air (SEDIKIT SAHAJA)
  3. Masukkan santan,biarkan ia mendidih
  4. OK korang akan nmpak gulai korang warnanye pucat, so masa ni korang letak kan serbuk kunyit (hujung sudu )
  5. Korang tgok perbezaan gambar kat atas no 2 dengan no 3. Bezakan????? itu la gune nye serbuk kunyit, menaikkan warna gulai.
  6. lepastu masukkan nenas,Cili Merah dan ikan,tak dilupakan garam & ajinomoto. tggu sehingga mengelegak sekali lagi.
  7. Gulai sedia untuk dihidangkan !!
Ok diharapkan korang dapat variasikan lagi menu hidangan di rumah bujang anda. Seronok dapat sharekan menu ni dengan korang kalau korang dapat cube nye di rumah.Selamat mencube, Ok la Bye2.. 

10 comments:

  1. Replies
    1. Huhu, Menu nenek moyang kite dulu2 lagi miss bella, Cume review untk yang memerlukan. Thanks Miss Bella , sbb rajin jenguk menu2 kat sini ~ :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha... tak la pandai mane pun,Just sharekan ape yang tahu je. Mane tau ade yang teringin tapi xtau nk masak kan.

      *Thanks Hairy, rajin bebenor bace entry makan2 ni kan~

      Delete
  3. Smart weh gambar yang ko amek.

    ReplyDelete