August 5, 2011

sekali sekala merasa susah......

aohooooooooooooooooooooohoi.....

salam satu malaysia, dah berhabuk dah blog ni....lamer giler tak update.Al-maklum la al-buzy memanjang. hahahahah (Ayat bajet....ntah ape yang buzy sgat pun Xtau).

Ok new entry,new story,new life....n whatever new la.!

Selepas tiga tahun , dari 2008 - 2011....aku dah pun selamat menamatkan Diploma "kesihatan persekitaran".Aku percaya semua ni berkat dari Doa mak abah,sesiapa saja n berkat usaha aku jugak.cume konvo je belum...n maybe bulan 12 nanti. i can't wait to attend my Convo,itupun kalu ader rezeki..kenapa aku ckap "kalu ader rezki"nanti korang tau la,kalu habis bcer entry ni..hehehheheehe"but aku mmg nak sgat attend,sbb ni la hari yang aku tunggu setelah berpenat lelah,berhabis wang.. selma tiga tahun".

Afew month ago, aku n kengkawan semua sibuk la dok mendail tu .... no phone pejabat Putrajaya, nak tau dapat kerja kat mana.Sebelum aku sambung citer, kami ni di tawarkan oleh kerajaan sebagai PPKP or Health officer...ok smbung balik pasal sibuk telephone,aku pun telephone,berdebar jugak raser ni.maklum la maner tau kene bertugas kat bumi asing"tanah borneo".telepon punyer telepon...asyik engage jerk... ni yang buat Nerbes ni.aku pun cuba la lagi..nak dekat setengah jam jugak la,...baru la dapat.aku pun bagitau nama & I/c number...then kerani pun bagitau :"adik dapt kerje kat sarawak,jangan risau dik...ramai lagi kene kerja kat sana". Aku pun terus je letak gangang telepon (macam cerita melayu, masa aksi terkejut biler dapat phone call ttg bender2 buruk).Yessss bende yang aku paling takut dah pun berlaku, aku bakal meninggalkan semenanjung dan akan berbakti di bumi sarawak.Mak aku konfem2 la...tak berapa suke aku keje jauh2 ni,bapak aku relak's je....

Syukur juge bile dapat tau lot's Off BFF juge di buang negeri dan akan berkerja di bumi asing ni,,,, so dipress tu kurang la skit.16/7/2011 adalah hari aku meninggal kan semenanjung dengan menaiki air asia. Mase dekat airpot tu mmg sedih sgat, ntah bile aku boleh balik...mungkin 4,3 bulan lagi....mak,abah,kak yong,kakyang,abang long & semua anak buah aku ader bersma menghantar aku kat LCCT. sebelum aku masuk ke balai berlepas tu,setiap ahli keluarga aku peluk mesra tanda perpisahan.buat aku sedih sekali maser peluk abah aku, abah peluk kuat sgatt.....hampir je aku nak keluar air mata maser tuh. mase peluk mak pulak tak lekang mulut mak memberi nasihat.ya allah sayu betul hati aku mase tuh...... ni la perpisahan yang paling jauh selama aku hidup 21 tahun ni.

Kami 23 orang ke sarawak kene la pergi head Quartes kat kuching dulu lapor diri kat JKN dulu.kat situ la kami semua tahu akan berkerja di bahagian or daerah mane. Dekat sarawak, bahgian tu umpama negeri la kat semenanjung tu.Daerah tu same la mcm daerah kat semenanjung jgak....kalu tgok map ni sarwak ni macam satu semenanjung..Maser kat JKN tu la streeessss bertambah-tambah...sbb sebilangan kami akan di tempat kan jauh di pendalaman.Serius aku cakap sedeh betul aku raser untuk kwan2 aku yang dapat jauh ke pendalaman,sedangkan aku sendiri taktau nasib aku macam mane.Sedih makin terasa,sebab kami akan berpisah, sebelum bergerak ke bahgaian or daerah masing.Aku dapat Bhagaian Mukah(bukan pendalaman katernyer). maser tu HQ bagitau Mukah ok, takde masaalah....ada jugak pekan.OK aku terima dengan redha je mase tu.Dari kuching untuk ke mukah ader kapal terbang kecik"MasWing".....tpi perkhidmatan tu bukan la hari2.ader hari2 saja yang ader MasWing ni.kalau nak naik kapal terbang jugak kene la naik Air Asia dari kuching -> Sibu.then kene ambik bas untuk ke Mukah.tapi aku arase mcm leceh je,aku nak yang direct.Di sebabkan aku kene lapor diri cepat,tak sempat untuk aku tggu "maswing" tu.aku Pun ambik la Bas bersama 2 orang lagi kawan aku ni.perjalanan mengambil masa 12 jam, kami bertolak dari kuching 10 malam then sampai di mukah pukul 9 lebey pagi.

Dari terminal Bas kami pun naik Teksi untuk ke Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.Untuk lapor diri di situ pulak.Kami di sambut Baik,Bos sagt sporting....Kami pun dikenalkan dengan semua Staff.lepastu kami di bawa ke Bhagian Admin,untuk mengisi segala mcam jenis form.kami stay 2 hari satu malam di mUkah.selepas tu Kami di bawa ke daerah yang kami akan berkerja "Belawai".perjalanan mengambil masa 4jam lebeh dari mukah untuk ke belawai.ader jalan darat,ader kene naik ferry"mcm kat P.pinang".kami menaiki Hilux melambung2 kami dalam tu...sbb jalan nyer ok, bertar....tapi bergelombang.

Dalam perjalanan, nak dekat smpai belawai....aku tgok sekeliling aku hutan je,sekejap2 baru nampak rumah,pastu hutan balik....hati aku dah tak sedap.ya allah kat sini ke aku akan bekerja.Pinnnnnnnnnnnnnn,pinnnnnnnnnnnnnn laungan hon dari Hilux yang kami naik, kami pun smpai di perkarangan Pjabat kesihatan Belawai.Nak luruh jantung aku tgok pejabat Kesihatan nyer..... Uzur yang teramat sgat, sana sini goyang...mmg nak diikutkan mcm tak selamat.Tekanannnnnnnnnnnnnn mule menekan kepala otak aku....tension,tension,tension.......selepas mengadakan sedikit jamuan minum2 bersama 2,3 orang staff kat sini kami pun ditunjukkna tempat penginapan kami yang sementara. di belakang opis ader satu bilik yang kosong.kami tiga orang pun ditempatkan di bilik kosong di opis ni.di sebabkan tiada penempatan.Quartes penuh,rumah sewa takda..almaklum la rumah kurang...Mase kami nak mendaki tangga bilik yg bakal kami duduk tu, bergoyang-goyang tangganya...dengan lantai koridor nye berlubang,ditampal....aku cakap di dlam hati " ni yang aku dapt stelah aku merelakn saja diri aku ni berkhidmat disini" sedihhh betul hati aku maser tuh.

Tekanan hidup yang terlalu susah kat sini, dimana diberitahu yang bekalan air akan boleh terputus bila2 saja.....aku jadi sgat stressssssssssssssssss tensionnnnnnnnn.Malam pertma aku dan kawan2 tidur hanya beralaskan tikar plastik ehsan dari orang.sakit nye badan esok hari tu tuhan je tau.Ya allah macam ni ke kehidupan aku di sini.Setiap kali mak telefon buat hati aku ni senang tapi dlm masa yang sama aku mmg menangis menceritakan nasib aku kat sini.....

Alhamdulillah aku akan bertugas di pelabuhan Tg Manis dan bukan di Opis PKD belawai,cume tempat aku menginap masih sama,. Di pelabuhan ,ofis lebeh baik al maklum la bangguann swasta...maju la skit.Atleast terubat juga hati ni.Dari PKD belawai untuk ke tempat kerja aku kene naik Van Sapu.....sejauh 28Km baru la smpai di pelabuhan. DEKAT KANN???

Dan sekarang aku masih lagi dlam keadaan cube dan terus mencube menerima hakikat hidup aku sekarang.....dengan doa mak abah,dorongan dari kawan2......aku mencube!

smpai sini entry kali ni wassalammmmmmm ....

Nk uplod gambar syurga Idaman.....tapi ternet Opis slow sgat ;(

With L.O.V.E : ikhwan suhaimi

5 comments:

  1. wow.....intresting..nanti citer la lagi..kongsi2 pgalaman tu

    ReplyDelete
  2. wa... takot2... nnt cter lagi.. nk gmbar nek cruise yg ko ckp dlu tuh... nk tgok ipad bru.. nk2..
    biar hdup ssh jnji poket penuh beb...
    cayok2...

    ReplyDelete
  3. Cot : ayat menHanjing okie~.... akn ku dptkn I-pad even buat hiasan meje Opis

    Anonymous : tengsssssssssss bro!! (dlm nada M.Raja.lawak @ Nabil)

    ReplyDelete