November 27, 2012

SUBWAY Homemade XP

Hye & Assalamualaikum

setelah seminggu cenggitu, ku kembali... menyemak di Dunia Blog. Hahaha bukan ape, last week adalah hari yang paling xley blah aku rase.. sebab last week aku kene attend meeting antara jabatan2 .. oh my meeting antara jabatan2 ni mmg serius tak ley blah.. sbab sesi dialog die tahap dewan parlimen tak tercapai akal mu.. So aku kene la ambik kain ikat kat kepala.. dan study segala macam sistem,masaalah itu ini and sebagainya bagi berjuang di medan perang.Alhamdulillah.. segala macam peluru dan bom2 yang di lemparkan aku dapat tepis sebelah tangan je * masayaallah berlagak nak Mam... . Padahal dalam meeting room tu,berfeluh wei... habis peluh2 jantan keluar ni. Cume ade sedikit kekeliruan sistem kerja dengan Pihak Kastam... insyaallah akan ade meeting susulan.*OK boleh antar orang lain tak BOS!

Sudah cukup , cukup sudah.....
Cukup smapai di situ saja....

* sedap tak? sedap tak? aku nyanyi.. * btw nirwana ni dah ade permit ke masuk malaysia, nanti ZedZaidi cari#pergh aznil perli kau2 malam tu kannnn hahahha

Hari nak share satu well known resepi... iaitu Sandwich. Hek eleh... budak baru kenal ABC pun tau buat la. Ok2 tau tu.. tapi ni kan Blog aku, so tak salah aku rase nak share bende yang aku rase nak share,kan,kan,kan?? haha.Actualy aku tak nak panggil sandwich sebab common sgatt.. aku nak tukar kepada SUBWAY homemade. Baru nmpak Classs skit.. so kaedah nak Buat Subway Homemade ni mudah ya ampun. Actualy ada cerita di sebalik tercipta nya Subway Homemade ni, ok bagi yang bujang2 tu.. mesti kalau beli ayam.. part Breast or dada ayam tu yang korang paling lemah nak masak kan???*kecuali la penggemar part tu kan. 


DADA AYAM



Resepi kalini boleh menghilang or melenyapkan masaalah itu... tak caya?? sile saksikan...


Bahan 2 :

  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk Lada putih/sulah
  • Garam
  • Bwang holand suku biji * di dadu
  • Tomato
  • Timun
  • Telur sebiji
  • Chicken Breast seketui !

Kaedah2 :


  1. Rebus Sebiji Telur
  2. Dada ayam dihiris nipis2 dan Lebar
  3. Dada ayam yang diris tadi di perap dengan Lada hitam dan sedikit garam
  4. Panas kan kuali dengan sedikittttt minyak untuk panfried dada yang dah diperap tadi. * tgok gambar
  5. Lepas siap di panfried.. cincad halus2 macam daging kebab kat pasar malam.
  6. Telur yang dah siap direbus dihancurkan dan digaul bersama mayonis dan bawang holand yang diadu tadi, bagi menambah rase letak sedikit serbuk lada sulah dan gaul
  7. Hiris Tomato dan Timun untuk diletakkan ke dalam Subway HomeMade
Dah Siap bahan2??? so boleh la kite sediakan Subway Homemade: -

  1. Mule2 belah Roti kepada 2 bhgian * perlu ke 
  2. instruction ni??? hahha
  3. Sapukan campuran mayo,telur dan bwang tadi 
  4. Taburkan Hirisan ayam tadi
  5. Letakkan Tomato dan Timun
  6. Sapu kembali campuran mayo,telur dan bawang tadi.. dan tutup semula dengan bhgaian roti yang satu lagi..
  7. Siaplah Subway Homemade tadi !! *tgok  gmabar bwah tu.. sebijik subway kann..hahhahaha



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Subway HOmemade yang enak dari dapur anda



Gambar kat atas tu kan besar sngat... so aku potong la jadi 2, baru la sopan sikit nak makan kannnn??? * dan aku kemek kan roti tu skit... sebab besau sngat..boleh terkoyak mulut makan besar2 cnggitu.

Ok la smpai situ je entry kalini... BYE !!



Nak mintak Tolong korang.... mcm mane ek? kalau blog ni dah smpai limit nak uplod gmbar.. nak buat mcm mane?? any idea??? tensiii ni... maklum le aku ni Bute Blog skit... * TUNJUK AJAR KU SIFU !


1 comment: