June 17, 2012

Personal Attack....Auchhhhhhhhh !

Hye N Assalamualaikum...

Ok new entry & ofcourse new Story.
Ok Sumpah harini bukan entry ttg makan dah...Hahahhaa.Konfem tak gemuk kalau bace.

Ok kali ni Aku nak share one of "masaalah" kat dunia yang penuh fana ni.(haaaaaa "macam bagus" tak ayat aku??). OK ape yang nak aku share atau bincangkan ialah tentang "serangan Peribadi" or "personal Attack", serangan ni bukan la berbentuk silat mahupun silambam ataupun serangan berpeluru.tapi ia berbentuk cakap-cakap. Kadang2 kite tak sedar sangat pun serangan ni.. bile die jadi kat kite kita akan mudah untuk melenting, dan orang yang melancarkan Serangan ni akan bersorak gembira selepas kite melenting. Dan pada masa ni kita akan nampak buruk di mata pemerhati lain. Di dunia serba maju ni P.A (personal attack) ni mudah untuk dilihat, sebab pendapat atau pun kritikan lebih mudah untuk kite beri.. yela dengan ade nye laman2 sosial terbuka ni, mmg mudah la.



Twitter & Facebook

2 laman sosial di atas ni bertujuan untuk memudahkan perhubungan antara satu sama lain & juga menambahkan bilangan freindlist korang tuu ( satu dunia kalau boleh nak Add ) Tapi telah disalahkan ertikan oleh golongan2 P.A ni. Ape yang aku boley relate kan tentang "personal attack" dengan 2 bende alah diatas ialah, ape yang berlaku sekarang . Contohnye ialah, ape yang berlaku dalam Dunia artis kita sekarang ni. Alaaaa isu yang "orang luar negara, popular di tanah air kita tuuuu" ishhhh takkan taktau. Femesss kot skrang ni.
 CONTOH 1:-
Bende tu berlaku apabila, pada satu malam anugerah tu salah seorang pendatang luar dah menang besar ,Lepas sahaja kemenangan itu diumumkan  adalah sorang Si polan ni Twitt :" bagus la mengagungkan artis luar "( lebeh kurang camtu la). sah2 si pendatang  ni menang malam tu. So automatik la twitt tu dituju untuk pendatang tu kannnnn?. Tapi bile di  soal wartawan, si polan tu boleh ckap saya tak tuju kat siapa2 pun. Aku rase bdak sekolah rendah pun boleh match kan ayat twitt die tu untuk sape kan.

CONTOH 2:-
itu satu contoh, satu lagi contoh kes 3 artis wanita yang cun melecun yang tgah panas ni.... ermm korang boley cari sendri la . tak kuase nak cerita kat sini. panassssss sangat, siap pasang lawyer segala. See disebabkan Personal attack ni bnyak bende boleh jadi, siap nak naik mahkamah segala ok.



CONTOH 3:-
OK masaalah P.A ni bukan sahaja berlaku di dalam dunia artis, dunia kite2 yang bukan artis ni pun ade je. Serangan  ni berlaku bile :-

---------- SUATU KETIKA DAHULU ----------

Si P.A pernah merendah-rendahkan si Mangsa, disebabkan  "kekurangan" yang si Mangsa pernah kongsikan di laman sosial pada masa itu.

---------- KINI ----------

Si mangsa yang dulunye pernah direndah-rendahkan,Tapi tidak lagi kini. Nasibnya sudah berubah. Si Mangsa ni dah mengecap sedikit kelebihan dan kemajuan. lantas si Mangsa ni berkongsikan Kemajuan dan kelebihan yang baru di kecapi di laman sosial. Nak dijadikan cerita, Si P.A ni terbaca akan kemajuan yang dikecapi oleh SiMangsa ni. lantas timbul rasa tidak puas hati. lalu dengan "Bajet Baiknye" si P.A ni pun mengomen di atas "status kemajuan" itu tadi, berbunyi :-

Cth personal attack :- "aku tak suke la nak menunjuk-nunjuk ni"

OK kalau korang fikir2 balik memang betul tindakan(menasihat) die ni kan?? tapi bile mengenangkan sikap die dulu, dah jadi salah. Mesti korang cakap :( maybe si P.A tu dah berubah ) Ok aku pun agree akan hal tu..tapi bile kite tgok dari status2 die or cara komen2 die, maybe kita boleh nilai die ni betul2 dah berubah menjadi lebih baik or same je.( hanya orang pernah melaluinya akan paham )

Ok2 back to contoh kat atas balik. di sebabkan komen2 mcm tu mestilah Si Mangsa ni bengang dengan komen macamtukan, ye la bile mengenangkan apa yang pernah Si P.A  ni komen dulu. Mule la Si Mangsa ni komen. Dan komen si mangsa ni pulak berbunyi mcam nak gaduh( hati panassss ). So sekarang ni pemerhati2/pembaca2  lain akan berfikir :" alahh si P.A ni just nak menashatkan je, yang si mangsa ni nak melenting kenapa?? ". Tak boleh juga nak salahkan pemerhati bile diorang ni beranggapan macam tu. Sebab die taktahu sejarah Si Mangsa dan Si P.A ni dulu. SO dekat situ Si P.A ni dah menang.. ye la komen seterusnya oleh pemerhati lain  mesti menghentam Si Mangsa. dan Mangsa akan terus nampak salah di mata pemerhati-pemerhati lain.

Senang cerita apa sahaja kemajuan yang dikecapi oleh Si mangsa akan mendatang rasa yang kurang senang terhadp si P.A. ye la si P.A mesti la tercabar sebab dulu si mangsa hanya jadi mangsa ejekan dan hinaan je, tapi sekarang ini tidak lagi. Yang bagus nye si P.A ni komen2 die nampak baik, tapiii... ermmm. SO nasihat aku kepada Si Mangsa kite cool je.. so mangsa patut balas komen die yang nmpak baik tu macam ni

" bukan nak menunjuk, sekadar berkongsi. kan dulu ang pernah menghina aku disebabkan hal ni "

Kalau Si P.A ni tak sentap taktau la.Tapi konfem ade je ayat bajet baik die nak cover kesalahan die tu.. so better si Mangsa "like" je komen si P.A tu dan terus diam, takyah balas.( n dapat juga elakkan pergaduhan ) Atleast orang akan tahu ape yang si P.A ni buat dulu. Kalu kite terus berdebat dgan si P.a ni takut kita terslah langkah, ermm lepas tu konfem kene bahan lagi. Aku rasa korang pun dah cukup dewasa untuk memikirkan ape jalan yang terbaik



Actualy bnyak lagi contoh serangan peribadi ni.. kat atas ni salah satu contoh. Mungkin korang pun pernah alami nasib macam mangsa kat atas ni.harap korang boleh la bersedia jika bertemu dengan En P.A ni. Ok la smpai sini je ntry kali ni.. sebarang komen dan kritikan akan diterima jika tersalah kata dalam Entry diatas. Saya hanya berkongsi pendapat.Ok la dah penat perah otak..panjang woo entry aku kali ni. Bye2


* Hope si P.A tak buat hal dengan aku

6 comments: