July 13, 2012

Bersyukur ke aku ?

Hye & Assalamualaikum




Salam Jumaat kepada kamu semua, Ok entry kalini bagi menghormati penghulu segala hari. Jadi entry kali ni more kepada mengingati,muhasabah & sentiasa bersyukur. 

Jika Dulu :-

Mak : Hari ni Mak Masak lauk ikan cencaru masak lemak !
Aku : Alaaaa ayam takda ke harini??
Mak : Amboi takkan tiap2 hari nak ayam.
Aku : Taknak makan la... kalau ade telur ok jgak.

(Sile sekeh2 je Budak ni ) : dalam lgkungan 12 tahun

Honestly Bab makan2 ni memang aku, cerewet giler...Senang cakap nak yang sedap2 je.Pantang tak sedap sikit insyaallah tak habis la nasi dalam pinggan aku. Mak selalu cakap jangan memilih sangat, sebab kita tak tahu nasib kita nanti, belajar bersyukur sikit. Aku buat taktahu je... Alhamdulillah sampai sekarang keluarga aku tak pernah diduga dari segi ekonomi.

Mase belajar(praktikal) aku dah mule untuk mengubah selera aku yang tak ley blah ni.Tapi Sejak aku posting kerja di bumi Sarawak ni(bulan 7 tahun lepas), lagi banyak yang dah berubah, kalau dulu setakat ikan goreng.. lambat2 je aku makan. Tapi sekrang tak lagi. Aku mule belajar menerima segala bentuk rezki yang datang, Sejak aku di posting ke sarwak dan ditempatkan di tempat yang agak "Pinggir" semua serba kurang. Di sebabkan kekurangan itu aku belajar untuk menerima semua kesusahan.Kalau dulu setakat tauhu pun tak pandang.. sekarang ni Tauhu buat sup dah boleh aku makan bersama-sama dengan nasi. Bile aku cerita kat mak aku gaya hidup aku masa mule2 datang dulu.. mak cakap hermm sabar je la, biasalah susah skit tempat orang. siap mak boleh gelak lagi.

Tapi itu mase mule2 je aku posting kat sini, lama2 mule ok. Sejak aku dah mule beli Blacky, alhamdulillah aku dah mule merasa senang sikit ( pergerakan tak terbatas ). Tapi segala Pengajaran pada mule2 aku sampai sini cukup untuk aku buat pedoman agar aku lebih bersyukur selepas ni.

Lepas tu aku didatangi oleh seorang Blogger Tirana Aduka, Lepas blogger ni jadi follower aku, akupun terus la B.W ke blog die. OK enrty Kicap Bilal sangat menyentap hati aku, entry ni mmg sedih tapi yang buat empangan air mata aku pecah disebabkan aku membandingkan die dengan aku waktu dulu..bertapa tak bersyukur nye aku. Dan aku yakin Korang semua boleh jadikan entry2 beliau ni sebagai pedoman untuk korang menjadi lebih bersyukur. Dan yang paling Bermakna semua Entry2 beliau Lahir dari Kisah silam beliau.

So sampai sini entry kali ni, bye.

Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)



6 comments:

  1. sgt2 bersetuju, kita kena bersyukur atas nirkmat yg ada kerana ada orng len yg jauh lebih susah dari kita !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu kak, tapi tu la kadang2 kita pun terlepas pandang. ~

      Delete
  2. alhamdulillah ade hikmah ko kne campak kat sarawak nun.. baru teringat cencaru masak lemak mak ko kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasai... ngeh2.
      Kalau Duduk Dapur USM yg takda pape tu pun agak nye boleh insap kan3

      Delete
  3. betul tu.... bersyukur ape yang ade..... cencaru masak lemak... sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,... Mestila sedap. lagi2 masakan mak or ibu kita. :)

      Delete