March 5, 2014

Dulu & Sekarang


Assalamualaikum

Lameeeeee nye tak jenguk sini, macam mana nak post entry? macam mana nak tgok2 komen ( ade ke??? ) macam mana nak tgok rating.. ehhhh bengap kejap.

Terima kasih pada viewer yang kian beranak pinak..even blog ni dah sendu tanpa entry almost setahun. And untuk komen2 yang tak dibalas I is so sorry la.... 

Reason tak bukak or aktif ( perlu? ade org kesah? ).. lantakla kann still nk buat PC, eh gitewww! actualy aku tgah fokus dgan satu misi..untuk menjadi insan yang lebih  baik dari segi kesihatan. So masa yang terluang lebih banyak diisi dengan perkara yang menjayakan misi aku.

Blog2 ni semua diketepikan sekejap bagi menjayakan misi aku. Misi " Skinny Jeans" dah berjalan sejak Mac 2013 dan masih berlanjutan sebab matlamat bagi misi ini telah pun bertukar kepada "Hidup Yg Lebih Sihat". 

Dulu aku suka gila makan.. Eh kejap sekarang pun! cume kaedah makan tu lain sikit. Dulu aku comel ( boleh muntah kalau nak ).. ehhhh sekarang pun comel ! cume sekarang ni kecik sikit. Dulu aku x suke bersenam .. Eh sekarang pun aku benci bersenam ! cume sekarang ni aku paksa dan mula jatuh cinta dengan bersenam. Dulu aku suke minum2 air yang fancy.. eh sekarang pun ! cume sekarang bnyak kan air putih and kalau boleh x ambik fancy2 punye minuman. ( "kalau boleh.." tapi kalau sekali sekala tu kire tutup mata je la )

So selepas setahun misi ni, ada beberapa perubahan pun berlaku, so aku biarkan gmbar yang yang explain :-




DULU SEKARANG
Sebelah kiri tu 70KG ( 2014)  sebelah kanan yang comel tu 98-96KG (2013)

selepas berpeluh, berair mata, sakit2 satu badan... alhamdulillah. Misi "skinny jeans" dah pun berjaya. cume sekarang ni selain misi " hidup yang lebih sihat" nak cube capai berat 65KG, bile? entah tak pasti. muahaha.

So entry makan2 pun dah kurang, sebab aku pun dah lama x masak sedap2 untuk lemak2 dalam badan ... more kepada makanan yg sedikit healthy Boleh Visit My IG, gitewww! haha. So untuk aku share pun macam tak seronok sebab healthy food ni nmpak je cantik tapi rase die tak sesedap ayam masak lemak cili api, nasi lemak sambal sotong and etc.

OK smpai sini dulu.. next entry aku share ape yang aku buat untuk turun berat badan , sama ada aku ambik or tak ambik supliment nanti aku sembang lagi ye :) bye.



Thanks for reading this entry :D



April 16, 2013

Puding Karamel Fatin Liyana Sedapp ~


Hye & Assalamualaikum

Minggu lepas jiran aku yg baik hati ( suami + isteri + seorg anak kecik ) ketuk pintu rumah, dan menyuakan sepinggan Durian Crepe.. Terwaruuu pakcik ok ! Dan aku berazam akan ku balas sepinggan biru durian crepe ni dengan something


                                           *copy gambar Instagram sebab tu kualiti sedih!


Setelah penat selak buku sana sini, call chef sana sini *OK Propa. peberet blogger aku share kan satu resepi MUDAH,MURAH,MMM SEDAP, iaitu Puding Caramel tanpa Telok !. Puding caramel ni aku pernah buat sebelum ni atas tunjuk ajar kak yang *kakak ketiga. Tapi kiteorang Buat puding karamel pakai telur... so ada hanyir2 sikit laaa, Mak aku memang tak makan kuih2 kukus yang gune telur2 ni.. sebab ad BAUuu.

Lupe plak nak bagi kredit untuk Blog Fatin Liyana atas kemurahan hati beliau nak share resepi mudah lagi sedap nak Mamp ~

So nanti balik semenanjung aku nak buat, bagi mak aku makan.. dulu mak tak makan sebab bau telur.. sekarang ni takda bau so mak boleh makan dengan Redho nye.



.. 
*Puding Caramel Buat Jiran *credit untuk Instagram


Sebelum terhasilnye Puding Caramel yang Tempting diatas... ada beberapa Step yang Mudah yang  korang kene buat sebelum terjadinye seperti bentuk diatas.

First korang harus cari bahan2 dulu :-

Bahan Caramel :
  • Gula 2 senduk
  • Air sedikit 

Bahan Puding :
  • Tepung Kastad ( 2 sudu besar )
  • Tepung jagung  ( 3 Sudu Besar )
  • Serbuk Agar2    ( 1 peket )
  • Susu Cair           ( 1 tin )
  • Susu Pekat         ( 1/2 Tin )
  • Gula                   ( Jika perlu, ikut tahap kemanisan anda )
  • Esen Vanila        ( 1 sudu kecil )
  • Air                     ( 3 cawan setengah )






Atas tu adalah langkah2 or cara2 yang korang kene lalui sebelum terhasilnya puding karamel.. Mari aku detailkan kekdah2 yang perlu korang buat.


Kekdah 2 :

Karamel / Gula Hangus :-

  1. Gula dicairkan diatas api yang perlahan sambil ditambah air sedikit demi sedikit.. jngan banyak sngat air k..pandai2 agak. masak gula sampai warna gula tu keperang-perangan.
  2. lepas tu boleh masuk dalam acuan korang .



Puding :-

  1. Campurkan tepung kastad,jangung dalam satu bekas dan dilarutkan dengan air..suku  cawan air pun cukup.
  2. Lepas tu ambil periuk masukkan air,serbuk agar2 dan larutan tepung kastad dan jagung tadi. untuk larutan tepung tu.. tapis dulu sebelum masuk periuk k, sbb nak jaga tekstur puding.
  3. Masak dengan api yang perlahan sehingga dia mula mengelegak
  4. Masukkan Susu Cair, Susu pekat & esen vanila pula dan gaul seketika sebelum tutup api. *kalau tak cukup manis boleh la tmbah gula.
  5. lepas tu boleh la masuk dalam acuan yang dah ada karamel tadi
  6. Biarkan sejuk, then masuk dalam peti ais lepas 2jam macamtu.. boleh le makan, biar die sejuk.. baru sedap.
* sukatan atas ni korang boleh dapat satu bekas ice cream besar + 2 Bekas ice cream kecil.Iolls takda acuan puding.. pakai bekas eskreeem jer.. maklum le rumah bujang.



Kalau kat atas tu untuk jiran.. kat bawah ni untuk tekak sendiri








Poyo skit nak plating2 bagai..





Disebabkan staffmate tgok aku uplod kat instagram, so staffmate semua tanya taknak bawak opis ke?? so aku cakap tak bnyak la... dah habis pun

Tapi Aku rase aku buat je la lagi, lagi pun bahan2 ada lagi.. kalau tak buat karang... tepung2 tu rosak macam tu je. so aku buat la.. Aku pun buat la semalam malam.. so hari ni boleh makan dah.




Sweet Thing for Sweet Stafff * sweet ke??????


Haha ok la sampai sini je entry kali ni  .. Entry ni Khas untuk Kak Yang, Ana, Pressenah & Amy yang sibuk tanya aku pasal resepi ni

P/s : Ini la rahsia puding karamel ewan licin dan cantik dari puding kak yang tu hahaha ~


THANKS FOR READING THIS ENTRY ~






April 12, 2013

Ikan Steam Simple


Hye & Assalamualaikum

Salam Jumaat, ok harini nak share lagi satu resepi yang lately ni aku suke buat sebab mudah ,simple, MURAH*itupenting, & Sihat.

Sepanjang minggu bekerja bagi yang bekerja tu, sudah pasti la anda akan menyerang kedai nasi campur or kedai mamak sebagai tempat korang mengisi perut korang kan , walaupun kelaparan dirasai dari jam 10pagi, tetapi keinginan tu terpaksa ditahan sampai jam 12:30. Lepas je 12:30pm terus kebulur cari kedai makan.. ambik lauk itu ini, lepastu lupe ambik sayur sebab pinggan dah penuh. Sayur tu penting ye, sile lah makan tak bnyak pun sikit jadi le.

Ok lepas perut kita disajikan, dengan lauk pauk yang maha sedap,tempting, berlemak, berminyak dan sekutu dan sekufu dengannya tu.. apa kata kita cube buat hidangan yang sihat sikit di hujung2 minggu untuk kesihatan diri kita jugak, tak gitewww.

Ok jum aku nak share Ikan Stim yang selalu aku buat.. maybe korang lagi hebat, aku sekadar nak share kepada sesiapa yang teringin nak buat tapi tak tahu.

First kene la pilih ikan dulu, actualy apa2 ikan pun boleh... cume kalau taknak hanyir, kita pilih ikan laut.. ikan sungai aku tak galakkan la, sebab aku sendri tak lalu. Ok ikan yang paling senang bawal, agak2 bnyak bajet kerapu and siakap is the best laaa.





*Ok antara collection instagram ikan stim yang aku post... ini aku gune ikan kerapu, Tapi aku fillet kan kerapu tu.. aku ambik Isi je. Bawang2 harus bnyak k.. sebab aku nak rase bahan2 tu resap dalam ikan tu.


Macam mana nak Buat ???

Bahan 2 :-

untuk 2 Ekor Bawal sederhana Size
  1. Bawang Merah 4 Biji  Dihiris halus
  2. Bawang putih 3 Ulas  Dihiris halus
  3. Halia sebesar 2 ibu jari Dihiris Halus
  4. Bawang Besar sebiji di potong bulat dan nipis
  5. Cili Padi 3biji dihiris halus
  6. kicap ikan/ kicap sotong 2sudu besar
  7. Gula SECUBIT (jngan bnyak)
  8. Air perahan Limau / air asam jawa pun boleh 5sudu besar.
  9. Garam <-- aku="" dah="" ikan="" ikut="" kicap="" la="" letak="" li="" masin.="" masing2="" sebab="" selera="" tak="">



Kekdah :-

  1. Ikan dibersihakn terlebih dahulu, di kelar setiap sisi badan ikan bawal tadi supaya rase bawang2 tadi resap sampai ke isi ikan. dan direndam seketika didalam  air limau / asam jawa (bagi hilang hanyir )
  2. Ok semua bahan2 dekat atas tu kita campur dalam satu bekas dan gaul bagi sebati.. dan korang boleh rase, agak kurang masin tambah garam ok. terlebih masam tmbah gula sikit lagi K.
  3. Then ambil ikan tadi bilas dengan air bersih dulu, baru dilumurkan dengan semua bahan2 yang dah digaul sebati tadi.. sumbat2 sikit dalam perut ikan tu dan letak dalam pinggan
  4. bawang2 yang lebih tadi campak atas ikan.lepas tu mesti ada lebih air2 limau dalam bekas bawang tadi kan, korang boleh la basahkan pinggan dengan air limau tu.. tapi jngan bnyak sebab nanti ikan tu sendri akan keluar air.
  5. Set-up kan steamer korang bagi air menggelegak dulu baru boleh masuk ikan.. masak dalam lebih kurang 20-30min.
AKU MANA ADA STEAMER !!

Ok2 pahammmm ... aku sendri pun takda steamer, aku kan bujang tak GIGIH sangat nak beli steamer yang 70-80 hengget cap helang tu. Tapi korang mesti ade kuali kan??? gune kuali pon boleyyy. cume beli alas steam je yang berharga RM2.50 kat kedai 2hinggit yang berdekatan. Dan jngan lupe penutup kuali.




*ini ikan stim minggu lepas .. aku gune bawal jer, tak mampu okey setiap kali nak buat ikan stim pakai kerapu.






Kat atas ni la minggu lepas punye santapan.. *poyo kan berhias2 bagai. FYI ini untuk tatapan instagramesss je.. lepas snap lapik kemana, sudu kemana.... hahaha PROPA sangat. Sayur tu Jelatah.. bukan kering k, aku tak gigih nak makan sayur kering2 ni, rase macam kambing je makan sayur2 tak masak. hahaha

Ok la esok hujung minggu yang bujang2 boleh la buat resepi ni, yang dah family tu boleh la selitkan Ikan Stim ni di celah2 ketam masak lemak cili api, ayam masak merah korang tuuu OK!


THANKS FOR READING THIS ENTRY